in ,

[TERKINI] Pelajar Antarabangsa DIBENARKAN Pulang Ke Malaysia TANPA Kelulusan Imigresen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai pelajar antarabangsa tertanya-tanya bila dorang akan dibenarkan pulang ke Malaysia untuk menyambung pelajaran dorang.


Dalam sidang media hari ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan yang pelajar antarabangsa kini dibenarkan untuk pulang ke Malaysia.

Beliau menambah, pelajar ini tak perlu mendapatkan kelulusan dari jabatan imgresen dan pemeriksaan Covid-19 akan dibuat sama ada di negara dorang atau bila masuk negara kita.

Bagaimanapun, pelajar MESTI mendaftarkan diri dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi supaya pihak imigresen boleh menyemak nama di lapangan terbang Malaysia. Jika mereka tiba dari negara zon hijau, kuarantin tak perlu dijalani tapi selain itu mereka perlu menjalani kuarantin sendiri di rumah mereka di Malaysia.

Sesiapa yang masuk Malaysia juga perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.

 

Baca: TERKINI: Rakyat Brunei & Singapura Dibenarkan Masuk Tanpa Saringan Covid-19 Atau Kuarantin Secara Bersyarat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.