[TERKINI] Pas ‘Unlimited’ Untuk Tren dan Bas Tahun Depan #Bajet2019

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Berita baik untuk semua pengguna pengangkutan awam macam bas dan tren!

Putrajaya akan perkenalkan satu pas ‘unlimited’ bulanan RM100 kepada semua perkhidmatan tren dan RM50 pula untuk perkhidmatan bas RapidKL bermula Januari tahun depan. 

Inisiatif ini telah diumumkan atas salah satu usaha untuk memperkasakan pengangkutan awam dan mengurangkan kos sara hidup di bawah Bajet 2019.

Sumber: MMO

Prasarana akan memperbaiki perkhidmatan 

Menurut The Malay Mail, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata polisi ini akan berhasil melalui pelan penjimatan kos kerajaan.

Syarikat pengendali tren, Prasarana juga dijangka akan memperbaiki perkhidmatan untuk meningkatkan lagi pengguna baru dan mengurangkan penggunaan kereta peribadi. Harap-harap masalah KTM selesai lah ye! 

Bagi korang yang ingin menonton Bajet 2019, boleh saja tengok live di bawah ini.

Semoga lebih banyak perkara bermanfaat diberikan kepada rakyat sempena Bajet 2019 ni. Sama-sama kita nantikan update terkini! 

Baca: Ini Jumlah ‘Income’ Guan.. Lagi Tinggi Daripada Tun M!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!