in

Ini Jumlah ‘Income’ Guan Eng… Lagi Tinggi Daripada Tun M!

Gaji Tun Rendah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akhirnya butiran pengisytiharan pendapatan pemimpin Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah yang telah declare aset mereka kepada SPRM boleh dilihat di Portal Pengisytiharan di website SPRM kat sini, mulai hari ni.


Daripada 77 orang ahli Parlimen Harapan, 46 telah isytihar pendapatan mereka dan yang paling mengejutkan, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berada di tangga pertama mengatasi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, lapor Malaysiakini.

Aza 0631
sumber: the star

 

Guan Eng tak hanya declare aset sendiri tapi dari isteri dan anak juga

Berdasarkan portal tersebut, Guan Eng mencatatkan pendapatan tertinggi di kalangan ahli parlimen dan pentadbiran kerajaan dengan jumlah RM86,464.92. Wow!

Selain dirinya, Guan Eng juga turut masukkan sekali nama isteri dan anaknya dalam jumlah pendapatan tersebut.

Lim Tun
sumber: malaysiakini

 

Tun M rupanya di tempat ketiga, tempat kedua milik menteri perdagangan

Kalau korang sangka Tun M di tangga kedua, korang salah! Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution berada di tempat kedua dengan RM77,629.68 dan barulah diikuti dengan Tun M iaitu RM75,861.57.

Pengisytiharan pendapatan Tun M ini termasuklah aset bersama isterinya, Tun Siti Hasmah tetapi tidak anak-anak termasuk Mukhriz yang masih belum mengisytiharkan pendapatannya.

Madet
sumber: blog

 

Aset Datuk Seri Wan Azizah dan suami di tangga ke-9 

Walau bagaimanapun, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berada di tempat ke 9 dengan jumlah pendapatan RM59,048.33. Deklarasi ini jugak termasuklah harta milik suaminya, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini tidak termasuk harta milik anak pasangan ini, Nurul Izzah yang tidak berada di dalam list.

St 20141029 Stanwar29 777574E
sumber: blog

 

SPRM perlu perbaiki website, tak dedah butiran terperinci sama ada jumlah sebulan atau setahun 

Website yang dikemaskini pada jam 12 pm tadi juga dimaklumkan SPRM mengalami ‘masalah teknikal’ dan butiran terperinci akan dikeluarkan setelah masalah tersebut selesai.

SPRM juga tidak memaklumkan sama ada jumlah tersebut adalah bagi tempoh sebulan atau setahun. Sehingga setakat ni 46 ahli Parlimen sudah isytihar harta dan 77 lagi belum melakukannya.

You can now check what your Ministers/ MPs earn on this website: https://mydeclaration.sprm.gov.my/ . Some of the income…

Posted by Sumisha Naidu on Wednesday, October 31, 2018

Manakala 19 anggota pentadbiran kerajaan juga sudah isytihar harta dan 30 lagi belum buat perkara tersebut.

Check jumlah pendapatan menteri kesayangan anda di sini!

Baca: Wan Azizah Menteri Paling Popular, Ramai Melayu Benci Maszlee

Pop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.