Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 100 kes baru telah dilaporkan hari ini (8 September 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 9,559 kes.
Daripada 100 kes ini, 85 adalah kes tempatan (55 wargenegara dan 30 bukan warganegara) dan 15 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 295 kes.
Manakala 7 pesakit berada di ICU dan 4 kes memerlukan bantuan pernafasan.
TIADA kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 128 kes.
12 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 9,136 kes.
Baca: [TERKINI] 62 Kes Baru, Kes Melonjak Secara Tiba-tiba Dengan 51 Kes Saja di Sabah