Panggung wayang dan acara secara langsung boleh mula beroperasi bermula 1 Julai asalkan mengikut garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan umum Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi.
Kami dah buat keputusan untuk benarkan panggung wayang dan acara secara langsung untuk mulakan operasi bermula 1 Julai tapi hanya di ruangan tertutupp sahaja.”
DS Ismail Sabri turut menekankan yang SOP ketat perlu dibuat, contohnya bilangan orang tak boleh melebihi 250 untuk masa sekarang tapi ini juga bergantung kepada keluasan dewan atau panggung wayang.
Bukan tu saja, penjarakan sosial sejauh 1 meter juga perlu dipatuhi sepanjang masa serta pengambilan suhu badan, memakai topeng muka dan membasuh/sanitize tangan dengan kerap.
Ha, siapa tak sabar tu?!
Baca: [TERKINI] Pelajar Antarabangsa DIBENARKAN Pulang Ke Malaysia TANPA Kelulusan Imigresen