Hampir sebulan kehilangan Mohammad Ashraf Hassan atau lebih mesra dipanggil Acap selepas dia dilaporkan hilang pada 23 Mac ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail.
Terbaharu, penduduk kampung yang melakukan pencarian Acap didakwa menemui serpihan tulang dipercayai tulang lama di dalam Gua Kandu, Gopeng kira-kira pukul 1 tengahari pada Sabtu.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata pasukan forensik sudah pun mengambil serpihan tersebut dan dibawa ke makmal untuk ujian Patologi.
Memang betul penduduk ada menemui satu tulang panjang seakan tulang betis dan lapan serpihan berukuran lebih kurang enam ke lapan inci (15 sentimeter ke 20 sentimeter) di dalam Gua Kandu, kesemua tulang itu sudah diambil untuk dianalisis”
Katanya bagaimanapun, penduduk kampung tidak menemui tengkorak atau rangka lain di lokasi tersebut, jadi pihaknya tidak boleh membuat apa-apa pengesahan.
Mengulas lanjut, Datuk Razarudin berkata tulang tersebut akan dianalisis sebelum disahkan sama ada ia merupakan tulang manusia atau sebaliknya. Jika keputusan menunjukkan ia tulang manusia, ujian DNA akan dilakukan untuk dipadankan dengan DNA Acap dan ahli keluarganya.
Namun setakat ini katanya , hasil laporan tulang tersebut dipercayai merupakan tulang lama malam carian yang dilakukan pihak forensik juga tidak menemui tulang lain di lokasi berkenaan.
Hope tak ada pihak yang sebar spekulasi bukan-bukan, biar pihak bertanggungjawab jalankan kerja mereka.
Baca : Segala mak nenek teori alam ghaib merapu dan meraban Dikatakan Kena Sorok Bunian, Acap Rupa-rupanya