in

[TERKINI] Ismail Haniyeh Syahid Akibat Serangan Udara Di Tehran

Ismail Haniyeh Syahid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu berita duka buat umat Islam sedunia pagi ini apabila ketua politik pasukan pejuang Palestin H4m4s, Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, lapor media antarabangsa sebentar tadi.

Pimpinan H4m4s dalam satu kenyataan berkata, mereka mengesahkan Ismail dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis di kediaman beliau di Tehran.


51719733142 Tbismailhaniyeh

Dalam pada itu, Al Jazeera melaporkan pengawal Revolusi Iran memaklumkan Ismail terbunuh bersama seorang pengawal peribadinya.

Kenyataan itu juga berkata, siasatan berhubung pembunuhan pemimpin H4m4s itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Artikel berkaitan: Kontinjen Palestin Jadi Tumpuan Ketika Acara Pembukaan Olimpik Paris 2024

Artikel berkaitan: Nadir Al-Nuri Dedah ‘Misi Gila’ PMX, Selamatkan Keluarga Yang Terkandas Di Palestin

Setakat ini juga tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut.

Pada masa yang sama, Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) memuat naik posting berkenaan pemergian Ismail bersama pesanan daripada pejuang H4m4s.

Gerakan Pejuang Islam, H***S melaporkan kepada rakyat Palestin yang agung, umat Arab dan Islam serta kepada semua pencinta kebebasan di dunia:

“Saudara kami, Ismail Haniyeh telah syahid akibat serangan udara pengecut Zionis di kediamannya di Tehran setelah beliau menghadiri upacara pelantikan presiden Iran yang baru.

“Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Sesungguhnya ini adalah jihad, kemenangan atau syahid,” tulisnya.

Al fatihah… 

Sumber: Astro AWANI, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.