Selain kontinjen Malaysia, ramai peminat sukan tempatan juga turut menanti-nantikan kemunculan kontinjen Palestin ketika acara pembukaan sukan Olimpik di Paris pada awal pagi tadi.
Kontinjen Palestin telah menjadi tumpuan penonton ketika opening ceremony itu kerana mereka harus mendepani dua cabaran iaitu dalam acara sukan Olimpik dan juga perlu melawan keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel.
Ketika acara pembukaan sukan berprestij tersebut di sepanjang Sungai Seine, Perancis, dapat dilihat ada wakil negara Palestin yang memakai keffiyeh iaitu fabrik khas Palestin.
Out of the ashes, we always rise.
Team Palestine 🇵🇸 #Olympics #Paris2024 pic.twitter.com/84KKgXbQ6N— State of Palestine (@Palestine_UN) July 26, 2024
Artikel Berkaitan: Jumlah Pegawai Lebih Ramai Daripada Atlet Malaysia Ke Olimpik Paris, MOM Beri Penjelasan
Artikel Berkaitan: “Bukan rasmi”- Sama Seperti Senarai Orang Dikehendaki, Poster Atlet Olimpik Malaysia Rupanya Sekadar ‘Fan-made’
✌🏻🇵🇸 #Paris2024 pic.twitter.com/mDD5yzL6vC
— A D I L (@Barzaboy) July 26, 2024
Kesemua mereka juga turut mengibarkan bendera negara mereka ketika acara berkenaan.
Dari sungai ke segara, Palestine pasti merdeka!
Sumber: Bernama