in

[TERKINI] Dua Kawasan Di Selangor & 1 Kawasan Di Sarawak Dikenakan PKP Diperketatkan Mulai Esok!

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sidang media Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi, beliau mengumumkan yang kerajaan akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di dua kawasan di Selangor dan satu kawasan di Sarawak.


Kawasan yang terlibat adalah, flat Sungai Emas di Kuala Langat, Plaza Hentian Kajang, Hulu Langat dan Kampung Haji Banting di Kuching.

71591176437 Kualalangat

Keputusan ini dibuat selepas flat Sungai Emas merekodkan lonjakan kes kepada 42 kes positif manakala Plaza Hentian Kajang merekodkan sebanyak 63 kes.

Kampung Haji Banting pula dikenakan PKPD selepas 27 kes positif dilaporkan di kawasan yang sama.

PKPD ini akan dilaksanakan selama dua minggu bermula esok 28 Oktober sehingga 11 November.

 

Baca: [TERKINI] PKP Bersyarat Akan Dijalankan Di Nilai Mulai Esok!

908567

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.