Sebentar tadi, menerusi sidang media harian Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu yang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di KL, Selangor & Putrajaya akan dilanjutkan lagi dua minggu sehingga 9 November nanti.
Namun bukan itu sahaja, dengan peningkatan kes yang mendadak di Negeri Sembilan, dengan catatan sebanyak 22 kes semalam, kerajaan telah membuat keputusan untuk jalankan PKPB di Nilai bermula esok, 27 Oktober.
Pengumuman ini dibuat oleh Ismail Sabri dalam sidang media yang sama sebentar tadi.
PKPB ini akan dijalankan selama dua minggu dari 28 Oktober hingga 10 November nanti. Ini menjadikan sebanyak 4 negeri dan 1 daerah akan menjalani PKPB iaitu, KL, Selangor, Putrajaya, Sabah & Nilai.
Baca: [TERKINI] PKPB Di KL, Selangor & Putrajaya Dilanjutkan Sehingga 9 November