Menyedihkan… Ura-ura yang bertebaran di media sosial berkenaan seorang menteri Kabinet positif COVID 19 akhirnya terjawab selepas Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri memuat naik status di laman Facebook rasminya.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tersebut, beliau kini sedang menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Susulan pengesahan itu, beliau meminta orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan kehadirannya pada 24 September sehingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID 19 di klinik kesihatan dengan segera.
Dalam pada itu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga mengeluarkan kenyataan yang sama berkaitan hal tersebut di laman Facebook.
https://www.facebook.com/DGHisham/posts/3717432788280582
Marilah kita doakan yang terbaik buat menteri-menteri Kabinet kita.