in

[TERKINI] YDP Agong Perkenan Laksana Darurat Hingga 1 Ogos 2021!

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet mengenai cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi membendung penyebaran virus Covid-19.



Ekoran ini, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga tarikh yang lebih awal jika kes positif harian dapat dikawal dan diturunkan.

43510130

Perlu dimaklumkan bahawa perkenan ini juga telah mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.”

Tak cukup dengan itu, Al-Sultan Abdullah juga turut perkenan kerajaan membentu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal.

YDPA turut menyeru rakyat jelata untuk berdisiplin dalam mematuhi SOP dan semua perintah yang ditetapkan oleh kerajaan dan agensi-agensi kerajaan semasa pelaksanaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Tempoh pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal – AgongBerita selanjutnya di https://bit.ly/3oFlNgK

Posted by Berita Harian Online on Monday, January 11, 2021

 

Baca: Masih Tiada Pengumuman Dari PM, Kerajaan Didakwa Sedang Pertimbang Pengiytiharan Darurat Untuk Bendung COVID 19?

Screenshot 2021 01 12 At 10.03.01 Am

Sumber: Bebas News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.