in

[TERKINI] “Boleh rapatkan saf” – Fasa Endemik Bermula 1 April, Ini 8 Perkara Diumumkan PM

Ft Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa negara bakal beralih ke fasa endemik bermula 1 April 2022 ini.

Dalam sidang media sebentar tadi, beliau turut menjelaskan beberapa kelonggaran dan perkara yang ‘dilonggarkan’. Berikut merupakan senarai perkara tersebut:


  • Pelitup muka masih perlu dikenakan jika berada di tempat awam
  • Tiada had masa untuk operasi perniagaan
  • MySejahtera masih perlu digunakan kecuali tempat terbuka tanpa orang ramai
  • Boleh rapatkan saf ketika solat jemaah
  • Boleh travel dalam negara tanpa mengira vaksinasi
  • Rakyat Malaysia boleh travel ke luar negara setelah sempadan negara dibuka pada 1 April nanti
  • Rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang mempunyai dokumen berkaitan boleh memasuki negara tanpa perlu mohon permit MyTravelPass
  • Tak perlu kuarantin untuk pengembara yang telah mendapat vaksinasi penuh untuk masuk Malaysia, hanya perlu lakukan ujian RT-PCR, 2 hari sebelum berlepas dan ujian RTK pada 24 jam selepas mendarat di KLIA
  • Untuk travel ke negara yang ditutup sempadan, rakyat Malaysia boleh menggunakan VTL (Laluan Perjalanan Vaksinasi) sekiranya ada.

Oleh itu, Datuk Ismail Sabri mengatakan bahawa segala SOP mengenai fasa endemik akan dijelaskan dengan lebih terperinci oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau turut berharap agar dengan pembukaan sempadan negara ini, bukan sahaja ia memberikan kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk ke luar negara, namun ia akan meningkatkan ekonomi terutamanya industri pelancongan yang terkesan akibat pandemik ini dapat dibuka sepenuhnya.

Baca : Malaysia Bakal Hampiri Fasa Endemik, Ini 4 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian!

Endemik 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.