in

Malaysia Bakal Hampiri Fasa Endemik, Ini 4 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian!

Endemik 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pandemik Covid-19 bakal bertukar ke fasa endemik tak lama lagi. Tapi, itu tak bermaksud Malaysia dah ‘give up‘ dengan virus ini.


Disebabkan banyak varian-varian baru yang muncul, kita sebagai rakyat Malaysia terpaksalah terima hakikat yang kesudahannya kita akan hidup dalam fasa endemik.

Endemik tu apa?

Melalui perkongsian daripada seorang Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad di laman Facebook beliau, endemik bukan bermaksud virus dah ‘end‘, tapi maksudnya kita hidup dengan virus itu. Nak tak nak kita kena lah ready untuk hidup dalam fasa endemik ini. Jadi, Dr Zubaidi ada kongsi 4 perkara yang perlu kita beri perhatian dan fahamkan sebagai persediaan menghadapi fasa endemik.

Covid 19 Hiasan 2 1589933620

1. Jangkitan tetap akan berlaku

Dalam fasa endemik nanti, jangkitan wabak covid-19 masih tetap akan berlaku. Ada yang akan bernasib baik untuk kembali sihat dan pasti juga ada yang akan mati akibat virus ini. Akan tetapi, kadar jangkitan dan kadar kematian adalah rendah pada masa itu.

“Lihat saja pada jangkitan denggi, walau tiada suntikan tapi jangkitan dan kematian tetap ada dan angkanya rendah”, kata Dr Zubaidi. Beliau sekali menjelaskan bahawa kematian tetap akan berlaku tapi dalam kadar yang rendah.

2. Ada antibodi dalam tubuh yang dapat daripada jangkitan 

Kata Dr Zubaidi, kita mungkin pernah dijangkiti virus ini tanpa simptom. Demam sekejap lepas tu dah sihat semula. Ataupun kita memang dah disahkan ada jangkitan. Ada varian dalam tubuh badan kita yang menyebabkan antibodi kita tak dapat kenal dengan lebih baik. Tapi, itu tak bermakna tubuh badan kita mudah dijangkiti. Ia disebabkan oleh sistem pertahanan dalam tubuh kita bergerak sebagai satu sistem. Jadi, inshaAllah kita boleh bertahan kecuali kalau kita ada pelbagai penyakit kronik.

3. Peningkatan kes mungkin berlaku apabila SOP dah tak dipatuhi

“Pakai mask dan cuci tangan adalah penting. Jaga kebersihan dan sebagainya”-Dr Zubaidi

Kalau kita patuhi SOP seperti biasa, duduk rapat untuk jangka masa yang tertentu pasti tak menjadi satu masalah. Jadi, walau ke mana pun kita pergi, kita mesti patuhi SOP supaya dapat elak daripada terjangkiti pada fasa endemik nanti.

4. Tingkatkan sistem daya tahan dengan pemakanan dan gaya hidup sihat

Secara fitrahnya, sistem daya tahan kita yang akan menentukan kita survive atau tak bila virus masuk dalam tubuh badan kita. Antibodi yang merupakan sebahagian kecil daripada sistem pertahanan tubuh boleh turun dan naik. Lepas cucuk vaksin, antibodi kita akan naik. Tetapi, lepas 4 bulan ia akan mula menurun. Sistem pertahanan lain pula yang akan bantu kita. Jadi, apa yang perlu kita pastikan ialah makan makanan yang betul, cukup tidur, kawal stress dan lakukan aktiviti fizikal supaya boleh kekal sihat.

Jadi, kita dah tak payah nak tunggu mana-mana pihak untuk tegur, inisiatif sendiri lah untuk jaga diri dan patuhi SOP.

Baca: Hampir Capai Target, Rakyat Malaysia Boleh Travel Luar Negara Tanpa Mohon MTP Jika Vaksinasi Capai 90%

Baca

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.