in

[TERKINI] Al Fatihah – Ibu DS Najib Razak, Tun Rahah Meninggal Dunia

Al Fatihah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua sedia maklum, baru sahaja awal pagi tadi Datuk Seri Najib Tun Razak memohon doa daripada saudara mara, teman serta rakan sekalian akan kesembuhan ibunya, Tun Rahah Mohd Noah yang berada di hospital kerana kurang sihat.


Walau bagaimanapun, sebentar tadi, menerusi tweet Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, beliau memaklumkan bahawa bonda bekas Perdana Menteri kita, sudah pulang ke rahmatullah.

Menerusi tweet tersebut, Tan Sri Annuar mendoakan pemimpin UMNO tersebut semoga diberikan kekuatan dan kesabaran atas apa yang berlaku.

Sumber Astro AWANI mengatakan, ibu kepada Datuk Seri Najib Razak, Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 4.30 petang. 

Sehingga kini, belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Datuk Seri Najib berkenaan kematian ibunya itu. Jika ia benar, marilah kita sedekah Al Fatihah buat bonda beliau yang juga merupakan isteri kepada Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak.

Al Fatihah. 

Baca: Tolak Perbezaan Politik, Tan Sri Muhyiddin & Anwar Ibrahim Lawat Bonda DS Najib Di Hospital

Ft Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.