in

Tolak Perbezaan Politik, Tan Sri Muhyiddin & Anwar Ibrahim Lawat Bonda DS Najib Di Hospital

Ft Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persengkataan politik di mana-mana negara bukanlah suatu yang asing lagi pada masa kini. Iya lah, setiap pemimpinkan ada pendirian masing-masing dalam politik yang diperjuangkan.


Jadi seringkali kita lihat mereka ni tidak sebulu dalam banyak perkara.

Tapi siapa sangka apabila melibatkan perkara peribadi, perbezaan politik terus diletakkan ketepi.

“Bonda kurang sihat”

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Datuk Seri Najib di akaun Twitternya, beliau berkongsikan keadaan ibunya yang sedang dalam rawatan.

Beliau turut memohon doa orang ramai agar ibundanya diberi kesembuhan dan kekuatan.

Tapi apa yang lebih menarik perhatian menerusi ciapan beliau ialah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tan Sir Muhiyiddin Yassin yang menziarahi ibu kepada Datuk Seri Najib.

Turut serta menziarahi ibundanya ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Walaupun mempunyai perbezaan dari segi politik, kesemua pemimpin dilihat tidak mencampurkannya dengan urusan peribadi.

Rata-rata netizen turut menyokong tindakan pemimpin politik ini yang bijak membahagikan urusan kerja dan persendirian.

“Ini yang kita mahukan”

Capture 1 11

 

“Jadikan contoh macam ni”

Capture 16

Menerusi komen di perkongsian yang sama, netizen turut menitipkan doa kepada ibunda Datuk Seri Najib, Tun Rahah.

Capture 2 6

Apa-apa pun kita doa yang baik-baik sahaja, semoga dipermudahkan urusan buat Datuk Seri Najib dan keluarga…

Baca : “Terdesak nak publisiti ke?” Ramai Netizen Tak Puas Hati Syed Saddiq Jumpa Najib Razak Bincang Belanjawan

Capture 3 7

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.