in

“Terkejut tengok harga” – Harga Minyak Masak Naik Melambung, Kini Mencecah RM32 Sebotol!

Minyak Masak Maheii Yob

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak ada angin tak ada ribut, pembeli di beberapa pasar raya di negara ini tiba-tiba terkejut apabila mendapati harga minyak masak dalam botol naik melambung berbanding harga sebelum ini.


Menerusi tinjauan di beberapa pasar raya di Johor Bahru, kedai serbaneka serta pasar mini di daerah Larkin dan Tampoi didapati telah menjual minyak masak dalam botol seberat 5kg dengan harga RM32.70 iaitu melepasi harga RM30.

1090426

Menurut Harian Metro, sebelum ini harga sebotol minyak masak 5kg adalah antara RM25.90 hingga RM28 sahaja. Uish banyak naik tu! 

Perkara yang sama juga berlaku di Alor Setar, Kedah apabila sebotol minyak masak didapati naik harga sekitar RM4 hingga RM7 berbanding harga sebelum ini.

 

“Takkan nak beli minyak masak paket RM2.50 setiap minggu?” 

Menurut seorang suri rumah, Eliana Ishak, 35 berkata, disebabkan Kota Setar kini di bawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ramai yang terpaksa duduk di rumah dan banyak menggunakan minyak masak untuk menyediakan makanan buat ahli keluarga, lapor Berita Harian.

Saya memang beli minyak botol besar kerana pergerakan terhad untuk keluar ketika ini dan kesukaran untuk membeli minyak masak paket.

“Tapi apabila harga minyak masak botol pun dah naik sehingga RM32 sebotol (5kg) berbanding sebelum ini antara RM25 hingga RM28, ia membebankan saya sebagai pengguna apatah lagi tidak bekerja dan hanya mengharapkan pendapatan suami,” katanya.

Hm150Mnyak 1622971628

Perkara yang sama juga diluahkan seorang penyelia, Anuar Ariffin, 47 dari Johor Bahru, yang terkejut dengan kenaikan harga minyak masak secara mendadak itu.

“Peningkatan antara RM4 hingga RM7 untuk minyak masak botol lima kg terlalu drastik apatah lagi dalam tempoh tidak sampai sebulan.

“Keluarga saya besar dengan empat orang anak, takkan saya perlu beli minyak masak paket RM2.50 setiap minggu untuk kegunaan keluarga, sedangkan sekarang perintah Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) dikuatkuasakan.

Minyak Masak

“Pengguna seperti saya sangat terbeban apatah lagi pendapatan terjejas berikutan keadaan ekonomi belum stabil. Adakah pihak berkuasa akan terus melihat sahaja sehingga minyak masak botol melepasi harga RM40 sebotol pula selepas ini,” katanya meluahkan perasaan.

 

Harga naik sebab harga minyak masak global naik?

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Selangor telah mengeluarkan 11 notis kepada peniaga kerana menjual minyak masak 5kg pada harga agak tinggi melebihi RM8 sebotol.

Pihak mereka juga katanya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 23 peruncit dan mendapati terdapat peniaga yang letakkan harga mencecah RM34.20 berbanding harga jualan RM25.50.

Whatsapp Image 2021 06 07 At 6.16.04 Pm

Alasan yang diberikan peniaga atas kenaikan tersebut adalah disebabkan pihak pembekal menaikan harga kos minyak masak botol 5kg sehingga memaksa mereka menaikkan harga jualan.

Peniaga juga beritahu yang kenaikan harga pasaran minyak masak global turut pengaruhi kenaikan harga jualan minyak masak di premis mereka.

Diharapkan pihak berkuasa memantau harga minyak masak di seluruh negara sebab perkara ini jelas-jelas memberi kesukaran kepada pengguna yang kini memang tengah struggle disebabkan PKP. 

Baca: “Orang kaya T20 memanglah tak terasa” – Peniaga Bengang Tengok Harga Bawang Naik Banyak Kali Sejak PKPB Mula

Naik

Sumber: Harian Metro
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.