in

Kes L*nggar Pelajar Depan Sekolah: Pemandu Van 61 Tahun Mengaku Tidak Bersalah, Lesen Memandu Digantung Serta-Merta

Syaz Ft 2026 05 08T120450.961

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nur Aini Umairah, 8 tahun, maut dalam kemalangan tragis di hadapan sekolahnya, Selasa lalu. Terbaharu, kes ini telah dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini untuk proses pertuduhan.

Tertuduh, Nordin Ithnin yang berusia 61 tahun, dilihat hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass. Walau bagaimanapun, warga emas tersebut membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian kanak-kanak berkenaan.


Artikel berkaitan: “Kami ‘lepaskan’ dengan tenang” –  Bapa Murid Tahun 2 M*ut Dilanggar Mohon Jangan Salahkan Pakcik Van

Artikel berkaitan: Van NGO Bawa Puluhan Haiwan Peliharaan Terbalik Dil*nggar Lori, 3 Haiwan M*ti & 2 Wanita Cedera

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memandu sebuah van secara melulu sehingga mengakibatkan kematian Nur Aini Umairah Mohd Fareez di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong, kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 5 April lepas.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ini boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda antara RM20,000 sehingga RM50,000.

76532D27 8923 474A Aa4C 7B026C4A7499

Dalam prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan pada awalnya memohon wang jaminan sebanyak RM10,000. Namun, peguam bela daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Tan Song Yan memohon agar jumlah itu dikurangkan atas faktor gaji Orang Kena Tuduh (OKT) hanya RM1,800 sebulan.

Mahkamah akhirnya menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Selain itu, tertuduh perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali dan paling penting, lesen memandunya ditahan sehingga kes selesai.

Selasa lalu, adik Nur Aini Umairah dilaporkan maut selepas dilanggar sebuah van tepat di hadapan pintu pagar utama sekolahnya.

Siasatan awal polis mendapati, van tersebut sebelum itu berada di dalam kawasan sekolah untuk menghantar barang. Namun, ketika mahu bergerak keluar melalui pintu pagar utama menuju ke Jalan Simpang Lima–Parit Sulong, kejadian malang itu berlaku.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.