in

Terjejas Teruk Dengan COVID-19, Kepak Ayam Yang Diimport Dari Brazil Didapati Positif Coronavirus

Covid Kepak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya kita semua sudah cukup merasa sangat bimbang apabila jutaan rakyat di dunia ini telah dijangkiti wabak COVID 19. Namun kali ini kebimbangan rakyat di dunia ini naik satu level lagi apabila sampel kepak ayam sejuk beku pula katanya telah diuji positif COVID 19. Aduhai! 


Menurut Berita Harian, sampel kepak ayam sejuk beku yang dieksport ke bandar selatan China, Shenzhen dari Brazil telah diuji positif COVID 19. 

Kepak Ayam

Penemuan tersebut sekaligus menimbulkan kebimbangan bahawa bekalan makanan yang tercemar tu boleh pula wujudkan gelombang baru COVID 19. 

Pusat kawalan penyakit tempatan menguji sampel permukaan yang diambil dari kepak ayam sebagai rutin saringan yang dilaksanakan terhadap daging dan bekalan hidupan laut yang diimport sejak Jun lalu, ketika gelombang baharu yang berlaku di Beijing dikaitkan dengan pusat makanan borong Xinfadi, di bandar ini.

Lebih membimbangkan, kilang pemprosesan daging yang dimiliki syarikat Aurora itu merupakan syarikat pemprosesan ayam dan daging babi yang ketiga terbesar di negara itu pula. Uish! 

Kementerian Pertanian Brazil pula berkata, pihaknya berunding dengan pasukan teknikal membabitkan perkara itu tanpa mengulas lebih lanjut.

Ayam

Penemuan ini juga berlaku sehari selepas ditemui tanda yang menyebabkan COVID 19 di bungkusan udang sejuk beku dari Ecuador.

Sehubungan dengan itu, China meningkatkan saringannya di pelabuhan akibat daripada tercetusnya kebimbangan terhadap makanan import.

“Adalah sukar untuk menyatakan di peringkat mana ayam itu mendapat jangkitan,” kata pegawai pengeksport daging Brazil yang berpangkalan di China.

Li Fengqin, ketua makmal mikrobiologi di Penilaian Risiko Keselamatan Makanan, Pusat Kebangsaan China, pada Jun lalu memberitahu pihak media bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa jangkitan baharu COVID-19 berpunca daripada makanan sejuk beku yang tercemar.

22980 Cy5Wcheurd 22980

Ini kerana, virus itu didapati boleh hidup sehingga tempoh dua tahun pada suhu di bawah 20 darjah Celsius, namun saintis mengatakan bahawa tiada bukti kukuh sehingga kini yang menunjukkan bahawa COVID-19 boleh disebarkan melalui makanan sejuk beku.

Nampaknya kita kenalah bela ayam sendiri pulak sendiri lepas ni. Takut nak makan makanan import! 

Baca: BERITA BAIK! Rusia Berjaya Hasilkan Vaksin Covid-19 Pertama Di Dunia

Putin

Sumber: NST
Sumber: Stock Meat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.