in

“Teringat iklan dia dulu-dulu…” – Penampilan Terkini Zizan Nin Tarik Perhatian Netizen

syaz ft 2026 01 07T155249.898

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pengacara senior, Zizan Nin, kembali mencuri perhatian netizen selepas muncul dalam sebuah audio siar (podcast) yang tular di TikTok baru-baru ini.

Penampilan terbaharu aktor berusia 53 tahun itu mengundang pelbagai reaksi apabila ramai mengakui hampir tidak mengenali sosok tubuh bintang drama Rafflesia berkenaan.


Menerusi perkongsian akaun @kena.kupas, Zizan menceritakan liku-liku awal kerjayanya, termasuk tempoh menganggur yang lama sebelum mendapat tawaran iklan pertama, sehinggalah beliau berjaya bergelar pengarah dan penerbit.

Artikel berkaitan: “Saya tak perlu manusia label siapa saya” – Isu Berpenampilan Seksi Di HYROX, Isteri Dr Say Bersuara

Artikel berkaitan: Pempengaruh Nafi Hina Fizikal Pembantu Rumah, Tampil Beri Penjelasan Isu Video Tular Anak Jatuh

@kena.kupas

Zizan Nin cerita job iklan pertama dia, selepas lama menanam anggur. Catch the full conversation on our YouTube & spotify kena kupas channel now! Terus follow kami untuk kupasan dan perkongsian menarik🔔 kenakupas kenachannel#fyp

♬ original sound – Kena – Kena

Walau bagaimanapun, tumpuan netizen lebih terarah kepada perubahan fizikalnya yang dilihat jauh berbeza berbanding dahulu.

Malah, ada segelintir netizen yang mengakui mereka hanya mampu mengecam identiti pelakon itu selepas mendengar alunan suaranya yang cukup ikonik dan tidak berubah sejak dahulu lagi.

cats 3

Menjawab mengenai penampilannya, Zizan sebelum ini pernah menjelaskan bahawa imej botak atau pemakaian rambut palsu adalah pilihan peribadi dan bukan disebabkan masalah kesihatan.

Beliau juga menegaskan tetap konsisten menjaga pemakanan dan bersenam demi kekal sihat pada usia lewat 50-an.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.