in

Pernah Dibenci Sejak Umur 16 Tahun, Najwa Latif Terharu Ramai Netizen ‘Back Up’ Isu Perubahan Fizikal

Najwa Latif Fizikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan juga pensyarah, Najwa Latif baru-baru ini menjadi perhatian apabila tular mengenai komen segelintir netizen yang mempersoalkan mengenai perubahan fizikalnya yang kelihatan semakin berisi.

Bagaimanapun, ramai peminat yang tampil mempertahankan penyanyi berusia 31 tahun itu dan menyifatkan komen mengenai bentuk badan seseorang itu tidak wajar dijadikan bahan apatah lagi dibandingkan dengan selebriti lain.


Terkesan dengan sokongan positif yang diterima, Najwa meluahkan rasa terharunya menerusi satu hantaran di Instagram.

Menurut Najwa, sebagai individu yang pernah berdepan dengan ‘kebencian’ sejak berusia belasan tahun, dia tidak menyangka ramai yang tampil mempertahannya.

“Bagi seseorang yang mengalami kebencian sejak berumur 16 tahun, saya tidak pernah jangka ada orang akan mempertahankan saya.

“Saya sentiasa percaya bahawa setiap orang berhak meluahkan pendapat mereka. Saya mungkin tidak menerimanya, tapi saya tetap hormat walaupun saya tidak mendapat penghormatan yang sama,” tulisnya.

Najwa turut mengakui dia membaca setiap mesej serta komen yang ditinggalkan, dan menyifatkan kehadiran anak perempuannya sebagai perkara paling indah dalam hidup.

Menurut penyanyi Cinta Muka Buku itu, dia berharap segala kebaikan yang diberikan itu akan berbalik semula kepada sesiapa yang mendoakannya juga.

“Saya jarang bercakap apa yang saya rasa di media sosial, tapi saya sangat tersentuh dengan kasih sayang dan kebaikan korang. Terima kasih kerana memahami dan pilih untuk berbuat baik dengan saya.

“Saya tak tahu apa yang saya dah buat sampai layak dapat semua ni, tapi saya harap kebaikan korang akan kembali balik kat korang. Insya-Allah, amin.

“Terima kasih sebab bantu sembuhkan sebahagian daripada diri saya yang berumur 16 tahun tu,” jelasnya.

Artikel berkaitan: “Saya hormat kebebasan” – Najwa Latif Tidak Terkesan Komen ‘Body Shaming’, Anggap Sekadar Pandangan Netizen

Artikel berkaitan: “Lagu saya lagu sampah” – Najwa Latif Imbas Detik Sedih Dipandang Rendah Oleh Cikgu Masa Sekolah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif)

Pada ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kata-kata semangat dan memuji sikap tenang serta ketulusan Najwa dalam mengendalikan isu berkenaan.

Screenshot 2026 09 21 122850 Screenshot 2026 09 21 122912

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.