in

Terima Rawatan Di Hospital Makkah Sejak 13 September, Hajah Asmah Kini Di ICU Putrajaya

syaz ft 2025 11 25T123709.331

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jemaah haji Asmah Mansor yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Saudi German Hospital di Makkah sejak 13 September lalu selamat tiba di Malaysia malam tadi.

Pesawat khas yang membawa Asmah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah pada 4.30 pagi (waktu tempatan) dengan ditemani seorang doktor serta jururawat, sebelum mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 8.15 malam.


Artikel berkaitan: Dirawat Sejak September, Jemaah Haji Wanita Malaysia Sedang ‘Bertarung’ Dengan Pneumonia

Artikel berkaitan: 50 Peratus Jemaah Haji Tarik Diri Untuk Tahun 2025

Setibanya di Malaysia, Asmah terus dibawa dengan ambulans ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan susulan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menerusi hantaran di Faceobook menzahirkan bahawa usaha membawa pulang Asmah, 71, bukan sekadar misi perubatan, sebaliknya simbol solidariti rakyat Malaysia.

Mohd Na’im memaklumkan bahawa beliau mengikuti rapat perjalanan misi berkenaan sejak peringkat awal koordinasi antara Tabung Haji, pasukan perubatan Arab Saudi, kru Air Ambulance, hinggalah saat pesawat mendarat dan Asmah dibawa turun.

“Malam tadi saya ke Hospital Putrajaya, menyambut kepulangan Asmah, jemaah haji yang diuji dengan kesihatan apabila selesai ibadah haji dan dimasukkan ke Saudi German Hospital.

Kini, Hajah Asmah ditempatkan di ICU Hospital Putrajaya. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan perubatan Hospital Putrajaya yang bersedia menerima dan merawat beliau dengan penuh profesionalisme dan kasih insan,” katanya.

Sebelum ini, Mohd Na’im memaklumkan bahawa misi membawa pulang Asmah yang dirawat akibat pneumonia di Makkah dapat digerakkan selepas kutipan sumbangan berjumlah kira-kira RM500,000 mencukupi.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.