Silat merupakan seni mempertahankan diri asli dari Nusantara yang banyak diamalkan di Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina serta Selatan Vietnam.
Baru-baru ini, Kejuaraan Pencak Silat Ke-19 Dunia telah diadakan di Melaka International Trade Center (MITC), Melaka pada 26 hingga 31 Julai lepas.
Jaguh silat tanah air, Mohd. Al-Jufferi Jamari menyumbang pingat emas kepada kontijen Malaysia dalam kategori F Putera dan ia menjadi penutup yang manis dalam kejohanan tersebut.
Pun begitu, Jufferi Jamari yang merupakan penyandang juara dunia empat kali itu membuat pengumuman bersara daripada sukan tersebut selepas 15 tahun mencurahkan bakti untuk Malaysia.
Dalam laporan Kosmo!, atlet berusia 30 tahun itu sebelum ini pernah meluahkan hasrat untuk bersara sejak berakhirnya Sukan SEA Hanoi tahun lalu, namun ditolak Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka).
“Saya minta Pesaka tidak pujuk untuk tarik balik hasrat ini, selepas kejuaraan dunia di Melaka saya tidak mahu berganjak dengan keputusan bersara mewakili Malaysia atau beraksi dalam mana-mana kejohanan selepas ini.
Sama ada dapat atau tidak pingat emas saya tetap dengan keputusan menamatkan karier selaku atlet silat negara kerana ingin beri lebih perhatian kepada keluarga,” katanya.
Sebagai info, Jufferi Jamari memenangi kejuaraan dunia di Chiang Rai, Thailand (2012), Phuket, Thailand (2015) dan Bali, Indonesia (2016).
Pada temasya Sukan SEA pula, Mohd. Al Jufferi merangkul empat pingat emas di Indonesia (2011), Myanmar (2013), Singapura (2016) dan Kuala Lumpur (2017).
Terima kasih lagenda!
Baca: Fattah Amin Rupanya Ada ‘Background’ Silat Gayung, Patutlah Ramai Puji Lakonan ‘Smooth’!