in

Fattah Amin Rupanya Ada ‘Background’ Silat Gayung, Patutlah Ramai Puji Lakonan ‘Smooth’!

Page Fattah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebelum ni, pelakon yang juga suami kepada Fazura iaitu Fattah Amin selalu mendapat kritikan netizen sehingga ada yang menggelarkan dirinya sebagai ‘pelakon kayu’ sewaktu awal-awal penglibatan dalam bidang lakonan.


Walau bagaimanapun, kemunculan dirinya dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ternyata memberikan tanggapan yang berbeza bagi mereka yang mengikuti perkembangan mutu lakonan Fattah Amin.

“Pernah join Kejohanan Silat Kebangsaan 2010”

Bukan tu je, aksi memanah Fattah Amin turut menjadi bualan ramai di media sosial sampaikan ada yang meminta pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu untuk banyakkan berlakon dalam filem bergenre aksi lagi selepas ini.

Ini kerana, menerusi watak Awang yang dibawa dalam filem itu, lakonan Fattah Amin dipuji netizen sehinggakan namanya trending di Twitter pada Ahad lalu malah gerakan pencak silatnya juga mencuri perhatian ramai!

Lebih mengejutkan apabila Fattah Amin ternyata difahamkan mempunyai ‘background’ Silat Gayung Fatani sejak di bangku sekolah dan pernah menyertai Kejohanan Silat Kebangsaan pada tahun 2010 mewakili Kuala Lumpur.

Silat 3

Menurut sumber, kenyataan ini diakui sendiri oleh wakil dari persatuan Silat Gayung Fatani Masjid Amru Ibni Al’as Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dengan mendedahkan bahawa Fattah sememangnya seorang pesilat.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mula ditayangkan di seluruh negara bermula pada 23 Jun lalu dan setakat kini filem arahan Syamsul Yusoff itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM16 juta dalam masa lima hari tayangan!

Ada yang belum tengok lagi ke tu? Pi tengok cepat!

Baca: Mawi Perjelas Kenapa Filem Mat Kilau Berjaya Raih Kutipan RM12 Juta Tapi Tak Balik Modal

Page Mat Kilau

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.