Macam yang korang tahu, perhimpunan tabligh yang diadakan di Masjid Sri Petaling akhir bulan lepas telah dihadiri oleh puluhan ribu orang dari pelbagai negara termasuk orang Islam Rohingya dari Myanmar dan pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia.
Menurut Reuters, pihak berkuasa Malaysia kini sedang mencari lebih 2,000 Rohingya yang hadir ke perhimpunan tersebut.
Selepas lari dari Myanmar, lebih 100,000 Rohingya telah datang ke Malaysia dan dorang ini dikira sebagai pendatang haram. Mungkin disebabkan status dorang ni, ramai yang enggan menjalani ujian coronavirus kerana tak nak ditangkap.
Pencarian Rohingya ni merupakan salah satu cabaran terbesar kerajaan kerana perlu menjejaki virus ini dikalangan pendatang-pendatang asing tanpa dokumen sah.
Setakat ini, hampir 600 kes coronavirus di Asia Tenggara telah dikaitkan dengan perhimpunan di Sri Petaling ini termasuk 513 di Malaysia 61 di Brunei, 22 di Cambodia dan sekurang-kurangnya lima di Singapura dan dua di Thailand.
Pihak berkuasa di sini telah cuba menjejaki peserta-peserta ini namun masih gagal menemui lebih 4,000 yang belum membuat ujian ini.
Salah satu sumber yang bekerja dengan komuniti pelarian ini berkata, ramai yang dah balik ke pangkuan keluarga di lain-lain tempat di Malaysia. Jadi, susah untuk hubungi dorang.
Ramai juga yang takut mengaku dorang hadir sebab takut ada masalah dengan pihak berkuasa. Pihak kerajaan risau kalau dorang tak tampil ke hadapan kerana jangkitan ini mungkin akan merebak dengan lebih besar.”
Tolong buat pemeriksaan kesihatan
Kerajaan telah pun meminta pihak polis untuk mencari peserta-peserta yang masih hilang.
Apa yang membimbangkan, peserta-peserta perhimpunan tabligh ini telah menghabiskan masa mereka selama empat hari di majlis ini berhimpit dengan jemaah lain, selepas itu ada di antara mereka yang pergi ke restauran, pusat membeli belah dan melawat KLCC.
Salah seorang peserta Rohingya yang tinggal di Pulau Pinang mengatakan yang dia telah pergi ke perhimpunan tersebut bersama lebih dua dozen kawan-kawannya dari Rohingya dan mereka semua tak tunjukkan apa-apa simptom.
Semuanya okay. Tak ada demam atau apa-apa.”
Salman, seorang buruh pembinaan dari Bangladesh yang tinggal berhampiran masjid tersebut pula berkata, dia dan kawan-kawannya turut hadir ke perhimpunan tersebut. Ujian coronavirus menunjukkan yang dia negatif tapi hospital telefon dia hari-hari untuk periksa kalau dia ada simptom-simptom Covid-19.
Masa saya pergi buat pemeriksaan, dorang tak minta pasport, permit pekerjaan atau apa-apa dokumen. Dorang hanya minta nama, umur dan alamat saja.”
Hopefully, PATI-PATI ni tampillah ke hadapan untuk buat pemeriksaan. Kalau tak susah juga nak bendung wabak ni.