in

Tentera Myanmar Umum 1 Tahun Darurat Lepas Tangkap Ketua Kerajaan Aung San Suu Kyi, Ini Faktanya…

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tentera Myanmar telah merampas kuasa negara itu selepas menahan pemimpin negara, Aung San Suu Kyi dan beberapa menteri berjawatan penting.


Ketika membuat pengumuman di kaca TV, tentera mengumumkan kuasa pimpinan negara telah pun diserahkan kepada ketua komander angkatan tentera serta mengumumkan darurat selama satu tahun untuk negara itu.

Tindakan ini dibuat selepas pihak tentera mendakwa berlakunya penipuan dalam pilihan raya November lalu yang membuat Aung San Suu Kyi mewakili parti demokrasi menang besar sekaligus menyebabkan junta tentera tak lagi mempunyai kuasa penuh terhadap Myanmar.

Siapa Suu Kyi & macam mana sebenarnya sistem politik di Myanmar?

1612138357536

Kalau korang nak tahu, Suu Kyi pernah memenangi Anugerah Nobel pada tahun 1991 dan sekaligus dilantik sebagai ikon demokrasi antarabangsa.

Sebelum ini, dia telah dipenjarakan di rumah selama 15 tahun kerana dedikasinya untuk melawan perintah ketenteraan yang ketika itu mempunyai kuasa penuh di Myanmar.

Selepas dibebaskan pada tahun 2010, parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang dipimpin oleh Suu Kyi telah berjaya memenangi pilihan raya umum pertama yang diadakan secara demokratik.

Kemenangan ini turut disambut besar oleh kerajaan barat kerana Myanmar akhirnya berjaya bertukar ke sistem demokrasi selepas 50 tahun diperintah oleh rejim tentera.

Walaupun wanita ini berjaya memenangi pilihan raya pada tahun 2015 serta satu kerusi di Parlimen, perlembagaan negara yang dibuat oleh angkatan tentera tak membenarkan Suu Kyi menjadi presiden gara-gara dia berkahwin dengan warga asing dan mempunya dua orang anak warga asing.

2021 02 01T032245Z 1623330144 Rc2Fjl9Pn0Pa Rtrmadp 3 Myanmar Politics

Disebabkan ini, Myanmar telah membuat jawatan baru iaitu Kaunselor Negara yang setaraf dengan Perdana Menteri manakala jawatan Presiden dipegang oleh bekas Naib Presiden Win Myint juga dari parti NLD.

Walaupun parti NLD telah menang dalam pilihan raya, tentera Myanmar tetap tak mahu mengalah dan memastikan yang mereka masih ada kuasa dalam politik dan ekonomi negara itu dengan membuat perlembagaan pada 2008.

Dalam perlembagaan itu, junta tentera akan memperolehi suku kerusi di parlimen dan kekal berkuasa dalam mengawal urusan negara dan pertahanan. Tak cukup dengan itu, tentera juga mempunyai kuasa veto bagi sesiapa yang cuba untuk ubah perlembagaan tersebut.

Apa yang mencetuskan rampasan kuasa ini?

Kerana parti NLD sekali lagi menang besar dalam pilihan raya November lalu, angkatan tentera telah meminta agar undian dibuat semula atas dakwaan ada penipuan kerena kempen pilihan raya yang berat sebelah dan tak adil.

Angkata tentera juga turut mempertikaikan keputusan pilihan raya dengan mengatakan ada seramai 10.5 juta kes penipuan undian seperti “pengundi tak wujud” tanpa menyerahkan bukti.

Minggu lalu, jurucakap pihak tentera telah memberi amaran yang mereka akan “mengambil tindakan” jika dakwaan mereka tak dapat diselesaikan.

Myanmar Coup Gettyimages 1230908158

Selepas kenyataan itu dibuat, berita di Myanmar melaporkan yang Ketua Tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing telah berucap di depan kadet-kadet senior mengatakan perlembagaan adalah ibu kepada undang-undang dan ia perlu dipatuhi.

Jika Undang-undang tidak dihormati dan diikuti, kita perlu menghapuskan. Walaupun jika ia adalah Perlembagaan, kita mesti memansuhkannya.”

Namun, bila Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyuarakan kebimbangan yang tentera Myanmar akan membuat perebutan kuasa, mereka telah menafikan perkara itu dan mengatakan ucapan mereka telah disalah tafsir.

Tapi perkara ini terbukti benar selepas angkatan tentera ini membuat perebutan kuasa dan menangkat Suu Kyi dan beberapa menteri kerajaan semalam.

Situasi sekarang di Myanmar

B9B862529425357528Cd7Ac34Ad5A030A31F4531

Angkatan tentera telah melantik Nain Presiden pertama dan bekas jeneral Myint Swe sebagai pemangku Presiden negara itu semalam dan merahsiakan tempat tahana Suu Kyi dan lain-lain.

Dalam ucapan mereka di TV semalam, tentera mengatakan Suu Kyi dan ketua politik yang lain telah ditahan kerana gagal mengambil tindakan atas penipuan pilihan raya serta mengumumkan darurat selama satu tahun ke atas negara itu.

Kuasa pula akan diberikan kepada Min Aung Hlaing yang akan menjalankan siasatan ke atas pilihan raya November lepas.

Angkatan tentera Myanmar juga turut memetik perlembagaan yang mengatakan, jika negara dalam darurat, ketua komander mempunyai hak untuk ambil alih kuasa dan kedaulatan negara.

Dalam kenyataannya, Min Aung Hlaing mengatakan yang pilihan raya akan dijalankan selepas suruhanjaya pilihan raya dibentuk semula dan senarai pengundi disiasat.

Kemudian barulah pilihan raya yang bebas dan adil akan diadakan dan tanggungjawab negara akan diserahkan kepada parti yang menang menepati norma dan piawaian sistem demokrasi.”

Reaksi negara-negara lain

Ekoran dari berita perebutan kuasa yang berlaku di Myanmar ini, ketua-ketua negara dan organisasi-organisasi antarabangsa turut menyuarakan kebimbangan mereka.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu akan berbincang dengan Myanmar secara peribadi pada hari ini manakala Presiden baru Amerika Syarikat, Joe Biden meminta ketua angkatan tentera untuk hentikan rampasan kuasa ini.

90

Bebaskan kesemua aktivis dan pegawai yang ditahan serta pulihkan semula telekomunikasi di negara itu serta jangan melakukan apa-apa kekerasan terhadap orang awam.”

Negara lain seperti India, Jepun, UK, New Zealand dan Australia juga telah mengeluarkan kenyataan meminta agar rampasan kuasa itu disingkirkan dan bebaskan semua tahanan-tahanan angkatan tentera Myanmar.

Fs3Rpkmg Boris Johnson

Saya kutuk rampasan kuasa dan penahanan terhadap orang awam termasuk Aung San Kyi di Myanmar. Undian orang ramai perlu dihormati dan ketua-ketua ini perlu dibebaskan.”

Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Indonesia turut keluarkan kenyataan meminta agar semua parti di Myanmar untuk mengawal diri dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian untuk tak keruhkan lagi keadaan.

Sumber: CNN, FMT, Sinar Harian

 

Baca: “Dapat arahan tembak semua Rohingya” – Askar Myanmar Akhirnya Mengaku Penghapusan Etnik Rohingya Memang Wujud

Screenshot 2021 02 02 At 11.22.35 Am

Sumber: Axious
Sumber: Al Jazeera
Sumber: WSJ
Sumber: France 24
Sumber: Politico
Sumber: NDTV.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.