in

“IC verification please!”- Tular Suasana Tempat Beratur Festival Dipenuhi Sampah, Netizen Gesa Perketat Sistem Pembelian Tiket

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut pasal festival atau konsert, bukan sahaja lautan peminat yang memenuhi lokasi acara, malah pelbagai ragam pengunjung dari dalam dan luar negara yang turut menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, Litar Antarabangsa Sepang telah dipenuhi oleh ribuan peminat music sempena AsiaTop Music Festival 2026. Festival itu berlangsung selama dua hari berturut-turut dari 30 hingga 31 Mei 2026.


Festival itu dipenuhi dengan persembahan daripada artis dari Korea Selatan, China, Thailand dan juga Malaysia, yang pastinya menarik kehadiran ramai peminat dari dalam dan luar negara untuk sama-sama menyertai festival tersebut.

Artikel berkaitan: Kecoh Di Media Sosial Peminat K-Pop Asia Tenggara ‘Bertelagah’ Dengan ‘Fans’ Dari Korea, Rupanya Sebab Ini….

Artikel berkaitan: “Correct!” – Peminat Jerit ‘Viva Viva Palestina’ Masa Konsert, Respon Harry Styles Buat Ramai ‘Excited’!

Semasa festival berlangsung, ramai pengguna media sosial turut berkongsi hantaran mengenai keadaan di lokasi acara, dengan sebahagian besar mempersoalkan kehadiran pengunjung dari luar negara yang didakwa mendominasi pembelian tiket festival tersebut.

Susulan itu, tular satu video yang memaparkan keadaan tempat beratur untuk ke festival tersebut dipenuhi sampah yang ditinggal oleh pengunjung luar negara.

@a._.aiman Pengotor ah menlen ni 😭 #asiatopmusicfestival #kpop #kpopfyp #fyp #xyzbca ♬ original sound – Adik lelaki Jennie

Perkara ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial, apabila segelintir pengunjung festival dari luar negara didakwa tidak menunjukkan etika yang baik ketika menghadiri festival tersebut.

Kelihatan banyak sampah dan barang yang ditinggalkan di kawasan tersebut seperti botol minuman, plastik bungkusan makanan dan juga kerusi lipat.

Ekoran itu, netizen menggesa pihak penganjur supaya mengehadkan pembelian tiket bagi pengunjung luar negara berikutan tindakan mereka yang mencetuskan rasa tidak puas hati ini.

Menerusi ruangan komen, sebahagian netizen menyuarakan pendapat agar pembelian tiket konsert di Malaysia perlu disahkan menggunakan MyKad.

Screenshot 2026 06 01 164343

Namun, ada juga yang berpendapat cadangan tersebut agak sukar untuk dilaksanakan memandangkan tidak semua penganjur berpusat di Malaysia, kecuali jika acara itu dianjurkan oleh kerajaan Malaysia sendiri.

Dalam masa sama, maklumat dalam MyKad adalah bersifat peribadi dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

Screenshot 2026 06 01 164351

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.