in

“Tengok cermin la dulu. Sibuk nak jadi menteri”

Page Sindir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi, Anwar Ibrahim telah disambut ramai dalam Himpunan Merdeka Rakyat di Dataran Petaling Jaya.


Anwar yang hadir dengan iringan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anak telah menyampaikan ucapan yang telah lama dinanti-nantikan oleh penyokong beliau.

Ll
sumber: malay mail

Menurut Free Malaysia Today, di dalam ucapan yang diberikan, beliau telah menegur Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang terkejar-kejar jawatan menteri berbanding berkhidmat kepada rakyat.

Saya sindir Ahli Parlimen ramai nak jadi menteri. Tengok cermin la dulu. Rakyat bagi sokongan jadi jalankan lah kerja. Sibuk nak jadi menteri.”

Beliau turut menyatakan bahawa mereka perlu diberikan ruang untuk menjalankan tugas serta perlu ditegur sekiranya terdapat kekurangan.

“Mereka harus diberi ruang menjalankan tugas. Kalau ada kekurangan, tegur mereka. Kalau mereka mewah berlebih-lebihan, kita terajang mereka.”

Ooo
sumber: berita harian

Bukan itu sahaja, Anwar sempat menyelitkan pujian terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang bersungguh-sungguh memenangkan PH tanpa mengharapkan habuan selepas menolak sebarang tawaran untuk menjadi menteri dalam pentadbiran Tun M.

Rakyat perlu didahulukan!

Baca: “Malaysia di zaman kegemilangan” – Anwar Ibrahim

O2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.