in

“Malaysia di zaman kegemilangan” – Anwar Ibrahim

Jjj 1
Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anwar Ibrahim sebentar tadi telah dibebaskan dari Hospital Rehabilitasi Cheras dan telah tiba di perkarangan Istana Negara untuk majlis pengampunannya bersama Yang di-Pertuan Agong.


Menurut FMT, Anwar mengatakan bahawa Malaysia kini di ‘zaman kegemilangan’ hari ini dengan kejatuhan rejim rasuah yang selama ini berleluasa dalam negara ketika pemerintahan terdahulu.

“Saya percaya pada kebijaksanaan rakyat dan kami telah berjuang habis-habisan untuk kemenangan ini,” kata Anwar

“Bila demokrasi tidak dapat ditegakkan dalam dunia ni, saya berharap rakyat Malaysia telah memberikan harapan kepada semua orang di seluruh dunia yang cuba untuk mendapatkan kebebasan mereka sendiri.”

Jjj
sumber: malaysiakini

Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk memberikan pengampunan penuh kepada Anwar yang membolehkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu kembali bergiat dalam politik tak lama lagi.

“Gabungan baru memang diperlukan bagi mengatasi sistem pemerintahan yang korup di Malaysia. Kami sentiasa menyokong agenda pembaharuan.”

Sewaktu dalam tahanan, Anwar melihat kemarahan rakyat kepada isu 1MDB dan Najib semakin meningkat. Najib pula tidak pernah mengaku akan penyelewengan. Anwar melihat ini sebagai harapan untuk rakyat sedar apa yang berlaku dalam negara.

“Hari demi hari, saya tak pernah putus asa. Malah waktu dalam tahanan saya dapat lihat kemarahan rakyat terhadap penyelewengan yang semakin hari semakin banyak di Malaysia.”

A 1
sumber: malaysiakini

Semoga kita semua dapat bekerjasama dengan kerajaan baru dan menjadikan zaman ini zaman kegemilangan Malaysia!

Baca: TERKINI: Anwar Ibrahim Akhirnya Bebas!

Anwar Bebas 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.