Kalau dulu, orang Barat pernah mendapat kecaman hebat gara-gara isu makanan seperti Ayam Rendang Crispy, cara memasak nasi goreng dan juga nasi putih yang lain daripada lain, kali ini nampaknya tempe pula yang menjadi mangsa.
Tempe seperti kita semua tahu ialah makanan kegemaran orang Nusantara terutamanya mereka yang tinggal di Malaysia dan Indonesia. Tetapi seorang wanita baru-baru ni mendapat kecaman hebat netizen di TikTok kerana telah memasak tempe dengan cara yang salah!
Menerusi perkongsian Feel Good Food di TikTok, wanita yang menjadi hos masakan di akaun media sosial tersebut dilihat memperkenalkan tempe sebagai makanan sihat yang mengandungi protein.
Menurut wanita tersebut, ada berbagai cara untuk memasak tempe ni. Antaranya ialah mencincang atau memotong ia kecil-kecil ataupun memarut tempe tersebut. Parut tempe? Bior betul niii….
Lebih mengejutkan video tersebut memaparkan tempe ini tidak digoreng tetapi dicampur ke dalam sos labu dan sos marinara untuk dijadikan sos pasta. Kemudian ia dihidang dengan pasta untuk dimakan seperti masakan Itali! Waa…
Nah tengok video penuh masakannya di bawah:
@feelgoodfoodie What’s tempeh? Learn all about it and how I use it to make this protein rich cozy pasta! Would you try it? #tiktokpartner #learnontiktok #tempeh
“Tempeshaming yall”
Rata-rata netizen yang melihat resepi masakan tersebut berasa terkejut, lucu dan ada yang merasa sedih dengan cara masakan tempe seperti yang ditunjukkan wanita tersebut.
Malah kebanyakan komen yang membanjiri TikTok wanita tersebut adalah netizen daripada Malaysia dan Indonesia yang kecewa mengapa tempe diperlakukan sebegitu. Adui… tak dapat nak dibantulah kalau mat salleh ni mula cipta resepi bukan-bukan macam ni kan.
Lepas ni apa pulak lah agaknya masakan kita yang mat salleh nak try ye?