in

“Happy you approve Roger!” – Gordon Ramsay Gembira Uncle Roger Terima Cara Dia Masak Nasi Goreng Pedas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Uncle Roger kembali lagi, kali ni dia kritik chef terkenal Gordon Ramsay!


Siapa yang tengok rancangan-rancangan TV Gordon tahulah garangnya pakcik ni.

Pada awal video tersebut dia tanya :

Siapa Gordon Ramsay?” – sambil membuat carian di Google

Roger seakan kecewa setelah mendapat tahu Gordon Ramsay adalah chef daripada British. Mungkin dari pengalaman kecewa terhadap cara chef BBC yang memasak nasi basah kemudian menapisnya di bawah air sinki menggunakan colander.

Namun, Roger terkejut sekali lagi setelah melihat Gordon Ramsay masak. Dia kagum! Chef Ramsay telah menggunakan nasi lebih, bahan-bahan tempatan, dan menggunakan wok untuk memasak nasi goreng sepertimana cara orang Asia masak.

Korang boleh tengok video penuh kat bawah ni.

Mengejutkan lagi, Gordon Ramsay telah meninggalkan komen kat video Roger!

Chef 5 bintang dan terkenal tu gembira sebab Uncle Roger approve cara masakan dia.

Sporting Chef Ramsay ni rupanya. Teringat pula min dia belajar masak rendang dengan mak Zarina Anjoulie dulu.

 

Baca : Viral! Chef BBC Tanak Nasi Terima Kritikan Ramai, Ahli Kimia Tampil Jelaskan Kelebihannya

Sumber: Youtube
Sumber: Google
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.