in

Tembok Rumah Baru Roboh ‘Dihentam’ Pemandu Mabuk, Azad Jasmin Naik Angin Siap Bawa Kuali

Fi Azad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai mengenali pelakon Azad Jasmin atau lebih mesra dipanggil Pak Azad ini. Karakternya yang lawak dan sering bercakap menggunakan loghat utara tu selalu menghiburkan orang yang melihat.


Pada Mei lalu, Azad telah menghadiahkan sebuah rumah untuk isterinya Eira Syazira. Walau bagaimanapun, peristiwa tak diduga berlaku kepada rumah tersebut baru-baru ini.

 

Pagar tembok kena langgar sampai roboh

Menerusi posting di akaun Instagram isterinya, Azad menunjukkan tembok rumahnya yang runtuh selepas difahamkan ia dilanggar oleh individu mabuk beberapa hari lalu.

Azad 1

Selepas Azad perhati dengan lebih teliti, dia jadi geram dan naik angin dengan pemandu mabuk tersebut hingga dia terus masuk ke rumah dan berkata dia ingin ‘ajar’ individu tersebut.

Selebriti itu yang dilihat begitu marah terus ambil kuali dalam rumahnya keluar hingga tak mengendahkan isterinya yang tengah cuba menghalang.

Eira yang tak mahu suaminya terlibat dengan pergaduhan, cuba berulang kali untuk menghalang Azad.

“Daddy tak payah, kita report polis je.. bak sini kuali tu!” katanya pada Azad

Azad masih tak mengendahkan isterinya, tak disangka-sangka dia ada ‘cara unik’ nak lepaskan geramnya itu.

Azad 2

 

Pemandu larikan diri… CCTV dapat tangkap muka 

Difahamkan juga, pemandu mabuk tersebut dah larikan diri sejurus dia melanggar tembok rumah Azad itu. Walau bagaimanapun malang untuk individu tersebut, mukanya dapat dirakam oleh CCTV yang dipasang di kediaman selebriti berkenaan.

 

“Plot twist di akhir cita tu mmg..”

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai yang pada mulanya terpedaya kerana tak pernah lihat Azad marah sebegitu. Namun mereka terus terhibur lepas tengok video tersebut sampai habis.

Reak Azad 2 Edit

Reak Azad 3 Edit

Reak Azad 4 Edit

Bagus betul cara dia lepas geram tu. Hehehehe.

Baca : “Ya Allah kesiannya” – Sebak Tengok Anak Muda Berniaga Dalam Hujan, Azad Jasmin ‘Borong’ Burger Jualannya

Foot Azad

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.