in

Tembakan Rambang Belanda: Polis Sedang Buru Penembak Korbankan 1 Nyawa & Cederakan 20 Orang Awam

Feat 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes tembakan rambang di Christchurch Jumaat lepas masih lagi hangat diperkatakan. Hari ini, kes hampir sama berlaku lagi di Utrecht, Belanda.


Seorang penembak telah melepaskan tembakan di dalam kereta trem di salah satu bandar terbesar di Belanda.Seorang terbunuh lebih kurang 20 orang lain cedera.

Utrecht Afp

Twitter rasmi Polis Utrecht mengesahkan bahawa penyerang itu masih bebas dan dia kini sedang diburu.

“Kejadian menembak berlaku di Oktoberplein di Utrecht… Beberapa orang cedera. Kawasan tersebut telah ditutup dan kami sedang menyiasat insiden ini. Beberapa helikopter telah dihantar untuk memberikan bantuan.”

Ekoran dari kejadian ini, kesemua sekolah dan masjid diara tutup kerana bimbang mempunyai kaitan terhadap kejadian tembakan di Christchurch, New Zealand, Jumaat lepas.

Polis juga menyifatkan, ada kemungkinan kejadian tembakan ini bermotifkan keganasan.

Allahu, tak tahulah kenapa orang-orang ni sanggup nak tembak orang sesuka hati dia je. Harap polis dapat tangkap penembak ni.

 

Baca: “Kalau jumpa, saya nak tumbuk muka dia.” Keluarga Penembak Christchurch Mahu Dia Terima Hukuman Mati

Screenshot 2019 03 18 At 8.20.33 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.