in

Pemuda Kongsi Kenangan Pernah Cat Bendera Di Litar Sepang Bersama Arwah Ayah 22 Tahun Lalu

Ft Cat Bendera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Formula 1 (F1) kembali menjadi perhatian selepas berlangsungnya GP Bahrain baru-baru ini di Litar Sepang (Sepang International Circuit) yang mencatatkan kehadiran pengunjung lebih 200,000 orang.

Acara F1 ini walau bagaimanapun telah mengingatkan seorang pengguna Threads ini kepada sesuatu yang jauh lebih peribadi terhadap dirinya. Setiap kali melihat Litar Sepang, dia mengimbau kenangan pada tahun 2004, ketika dia masih di Tingkatan 3 saat dirinya masih berpeluang untuk menghabiskan masa lapang bersama arwah ayah.


Artikel berkaitan : “Member rileks je” – Pelumba F1 Pilih Kayuh Basikal Ke Singapura, Siap Redah Ladang Sawit Waktu Malam!

Artikel berkaitan : Orang Kata Makanan F1 Harga Kayangan, Tapi Gerai Ni Sold Out Pukul 1.30 Petang Dengan Harga Mesra Poket!

Tak teringat kereta laju, lebih kepada teringat kenangan bersama arwah ayah

Apa yang membuatkan kenangan itu lebih bermakna baginya adalah apabila dia terlihat lukisan bendera Malaysia di litar tersebut dan tidak ramai yang tahu rupanya lukisan itu telah dicat olehnya bersama arwah ayah pada 22 tahun lalu.

837737991 17945069805348061 7634824570777175297 N

“Kami buat lining dulu, ikut bentuk bendera tu satu-satu. Lepas tu kami cat sampai siap. Benda tu nampak macam kerja biasa je masa tu.”

Menurut individu yang dikenali sebagai Ady ini, ia mungkin sekadar satu kerja biasa bagi mereka, namun siapa sangka momen sekecil tersebut akhirnya menjadi antara kenangan paling berharga yang masih dibawanya hingga ke hari ini.

“Bila tengok F1 sekarang, aku bukan teringat kereta laju sangat pun. Aku teringat arwah bapak aku. Bendera Malaysia yang kami pernah cat sama-sama, hampir 22 tahun lepas. Dan bendera tu masih tersergam indah di sana.  Al-Fatihah buat arwah bapak ku. I love u Baba.”

Dalam pada itu, pemuda ini juga berkata sekiranya diberi peluang, dia mahu kembali membaiki lukisan bendera tersebut. Menurutnya, terdapat bahagian pada bendera itu yang kini dicat putih sedangkan sepatutnya menggunakan warna rumput.

Screenshot 2026 10 06 181552

Dia juga menjelaskan bahawa bendera berkenaan sebenarnya mempunyai bayang-bayang tertentu bagi memberikan gambaran seolah-olah ia sedang berkibar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengucapkan terima kasih kepadanya dan turut menitipkan doa buat arwah ayahnya, Mahadi bin Md Desa. Al-fatihah.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.