in

“Geli pulak aku tengok..” – Hairul Kena Hentam Buat Video Gurauan Pasal Seks Untuk Hanis

Hairul Lucah
Lobak Merah
Lobak Merah
"Geli pulak aku tengok.." - Hairul Kena Hentam Buat Video Gurauan Pasal Seks Untuk Hanis
Icon Loader
/

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha adalah antara pasangan selebriti kegemaran netizen. Lebih-lebih lagi dengan adanya si cheeky Yusuf Iskandar tu. Comel tau!

Apa saja pasangan ni buat mesti dapat perhatian. Hanis atau dipanggil Keknis oleh peminat pun suka share tips pasal kemas rumah, resipi masak atau tips rumah tangga. Hairul pula selalu dipuji sebab gentleman, selalu tolong isteri dan pandai jaga anak.

Hairulhanis
sumber: instagram

Tapi, semalam Hairul ada upload satu video dan dah buat netizen yang tonton rasa kurang senang. Video tu dimuat naik dekat Instagram dan Twitter Hairul dengan caption ‘Pesanan untuk isteri tercinta’.

Dalam video tu, Hairul yang pegang kamera ada bagi pesanan untuk Keknis sementara dia outstation sebab shooting untuk sebuah filem. Dekat belakang dia ada ramai lelaki, mungkin krew agaknya.

Dekat Instagram, video tu dapat komen baik dan ramai rasa terhibur sebab kelakar. Tapi, lain pulak jadinya dekat Twitter. Video tu tak dapat penerimaan yang baik dan ramai warga Twitter anggap apa yang disampaikan Hairul untuk Keknis tu memang tak lawak langsung.

Komen Instagram 1
sumber: instagram

Actually, pesanan Hairul ni macam gurauan ‘dalam kelambu’ lah juga kiranya. So, ramailah netizen dekat Twitter tak suka. Dalam video tu Hairul kata,

“Ayang, I shooting dulu. Ayang jaga anak kita eh. I habis shooting, kita buat anak yang ketiga.”

Ramai dekat Twitter anggap yang Hairul tak hormat status Keknis sebagai isteri. Dorang berpendapat gurauan ‘dalam kelambu’ ni tak lawak langsung sebab menunjukkan yang kita tak hormat dan menjatuhkan maruah pasangan.

Komen Twitter
sumber: twitter

Apa pendapat korang? Cuba share dengan admin dekat komen tu!

Baca: “Dua-dua aiskrim favourite saya” – Tweet Lucah ‘Double Meaning’ Wanita Berhijab Ini Undang Kecaman Netizen

Aiskrim10