in

“Takkan tak tahu tu logo Israel” – Jual Barang Mempunyai Logo Bendera Israel, Kedai Cheap2Shop Mohon Maaf

Israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum menjual satu barangan di kedai, pekedai itu sendiri haruslah cakna isu dunia dan perkara sensitif yang melibatkan agama dan bangsa sebab bimbang ia akan mengguris perasaan pelanggannya.


Perkara inilah yang berlaku kepada kedai Cheap2Shop cawangan Hulu Langat yang katanya telah menjual barang yang mempunyai logo bendera Israel padanya. 

124546163 1740484766129226 4205613856220677138 N

Menerusi satu perkongsian di Facebook, pihak Cheap2Shop katanya telah pun meminta maaf selepas gambar barangan itu viral dan mendapat kecaman netizen ramai. 

Menurut kedai yang menjual barangan murah dengan harga RM2.10 itu, pihak mereka telah terlepas pandang mengenai barangan tersebut yang mempunyai logo bendera Israel yang mana ia merupakan isu yang amat sensitif dari segi keagamaan di Malaysia.

125070939 1740484789462557 921817499896575409 N

Tambahnya lagi, barangan tersebut juga telah diambil dari dipamerkan dan mereka juga tidak lagi menjual barang itu. Pihak Cheap2Shop juga berterima kasih kepada mereka yang memberi maklumat berkenaan hal tersebut.

 

“Malaysia tak iktiraf negara Israel. Cakna la sikit” 

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen masih marah akan hal tersebut dan merasa pelik bagaimana pekerja di kedai itu tidak mengenali rupa bentuk bendera Israel.

Lagi pula, perkara ini dianggap serius kerana Malaysia tidak pernah mengiktiraf negara tersebut dan tidak pernah mempunyai hubungan diplomatik dengannya.

Marah Nau

Harap lain kali mereka lebih pekalah dengan barang yang nak dijual tu. 

Baca: “Hati-hati dengan Al-Jazeera” – Nas Daily Dakwa Al-Jazeera Fitnah Dia Jadi Ejen Untuk Israel

Nas

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.