in

“Takkan rakam and tengok je?” – Netizen Kecam Tindakan Orang Ramai Yang Hanya Lihat Lelaki Kena Ragut

Feature Image Ragut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni tular video pendek berdurasi 30 saat yang menunjukkan seorang lelaki tua yang diragut di tengah-tengah jalan raya.


Kejadian itu dikatakan berlaku di Cheras sebelah Taman Pertama MRT di hadapan KK Mart pada 16 Oktober yang lalu.

 

Taman Pertama, Cheras

16/10/2019Cheras, KLRobbery case in front of KFC, and ppl just standing around..当街抢包包,大家站着看戏和拍视频…

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Wednesday, October 16, 2019

 

Video itu menunjukkan seorang lelaki tua yang terbaring di tengah jalan dan dikelilingi oleh lalu lintas yang bergerak lambat. Dia dilihat bergelut untuk terus memegang begnya ketika dua perompak cuba merampas dari tangannya sementara orang ramai disekeliling hanya berdiri dan melihat sahaja.

Punca kejadian itu tidak dapat dipastikan, tetapi dari apa yang lelaki tu jerit, kita dapat menyimpulkan bahawa dia sedang dirompak.

Dalam video tersebut juga boleh didengar yang mana lelaki itu menjerit ‘tolong, tolong,’ dalam Bahasa Melayu dan menjerit ‘Ragut!” dalam Bahasa mandrin

Apa yang menjadikan warganet bengang adalah orang ramai yang berada dikawasan kejadian hanya menonton lelaki yang dirompak dan tidak membantunya sama sekali. Kalau ramai-ramai gertak perompak tu mesti gagal punya rompakkan tu.

Selepas hampir 30 saat bergelut, perompak itu berjaya membawa beg dari lelaki itu dan melarikan diri. Kemudian barulah ada beberapa orang berlari untuk ‘membantu’ mangsa.

Warganet terkejut dan tidak berpuas hati terhadap sikap orang ramai yang hanya melihat sahaja kejadian itu.

Warganet Marah 1 1
Sumber: facebook

Tapi walau apa pun kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk selesaikan kes ni.

 

Baca: “Tu moto cari rezeki” – Netizen Panas Hati Tengok Moto Rider Ni Kena Samun

Foodpanda Kena Rompak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.