in

“Takkan langgar macamtu je dah pecah?” – [VIDEO] Wanita Terlanggar Pintu Kaca Sampai Pecah, Mati Sebab Hilang Banyak Darah

Glass

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti pernah tengok orang terlanggar pintu kaca dekat mana-mana kan? Tak pun korang sendiri pernah kena macam ni kan? Mungkin korang rasa benda ni agak kelakar kan? Tapi  seorang wanita di India, hilang nyawa sebab benda ni tau…


Insiden ini berlaku pada 15 Jun lalu di sebuah bank di Kerala, India di mana seorang wanita berusia 43 tahun terlanggar pintu kaca sampai pecah.

Times of India melaporkan, wanita malang, Beena ini sedang terburu-buru nak keluar dari bank untuk ambil kunci dari keretanya dan kerana ini, dia tak perasan ada pintu dekat depan dan terlanggar hingga kaca tersebut pecah.

Ezgif 3 02C21Def0140

Bila pihak polis lihat semula rakaman CCTV, dapat dilihat wanita ni terjatuh ke atas lantai yang dipenuhi serpihan kaca pintu yang dilanggarnya itu.

Ezgif 3 5311700E6069

Saksi di tempat kejadian pula ambil masa untuk proses apa yang berlaku sebelum terburu-buru membantu wanita malang ini dan pekerja di bank tersebut turut ke depan untuk lihat apa yang berlaku.

Orang-orang di sana pula membantu wanita ini untuk duduk di atas kerusi dan menelefon ambulans untuk dapatkan bantuan.

Ezgif 3 E3E4C909B821

Beberapa minit kemudian, Beena mula berlumuran darah hingga mengotorkan lantai. Orang ramai mula tolong balut wanita ini untuk hentikan pendarahan sementara tunggu bantuan sampai, malangnya wanita ini tak dapat diselamatkan dan meninggal di hospital kerana kehilangan banyak darah.

Ekoran tular, beberapa netizen mengatakan yang pihak bank bertanggungjawab kerana tak mengamalkan ciri-ciri keselamatan dan menggunakan kaca murah hingga menyebabkan ia mudah pecah.

Allahu, kalau dah ajal tu…

 

Baca: “Sis memang berani” – [Video] Wanita Bahayakan Diri Demi Selamatkan Kanak-Kanak Yang Nyaris ‘Dihempap’ Pintu Kaca

Screenshot 2020 06 22 At 5.21.52 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.