in

“Takkan lah lesap macam tu je”- Lebih 100,000 Pelancong China Dan India ‘Menetap’ di Malaysia?

Featured 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengejutkan apabila statistik menunjukkan tiada rekod tarikh keluar bagi lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat negara ini sejak tahun 2016 hingga tahun lepas.


Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2, menerusi Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) mencatatkan, sepanjang 2016 hingga 2018 sebanyak 76,258 warga China dilaporkan tiada rekod keluar dari negara ini iaitu bersamaan 95.6 peratus daripada 79,799 pelancong warga China yang melawat Malaysia.

Pelancong China
Gambar hiasan / sumber: mynewshub

Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar.”

Apa yang mengejutkan, pengauditan juga mendapati data bagi kira-kira 1.26 juta warga China dan hampir 300,000 warga India masih diproses secara manual dibawah MyIMMs, lapor Sinar Harian.

Mereka juga mengesyaki wujud kelemahan dalaman serius dalam perlaksanaan Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) dan MyIMMs ketika proses di pintu masuk pelancong.

“Pihak audit berpendapat pengurusan Jabatan Imigresen dan kawalan dalam di pintu masuk kurang cekap kerana pengesahan data kemasukan pelancong secara manual dan offline tidak dikemaskini.”

Imi
Gambar hiasan/ sumber: mstar

So disebabkan masalah tersebut, terdapat data apungan yang tinggi iaitu sebanyak 1.56 juta dalam tempoh 3 tahun berkenaan.

Semua penemuan tersebut dibuat dalam Laporan Audit Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 bagi aktiviti kementerian, jabatan kerajaan dan badan-badan persekutuan.

fuhh! kemana la agaknya dorang yer.

 

Baca : Missing Beaumont Children : Misteri 53 Tahun Kehilangan Tiga Beradik Beaumont Yang Masih Belum Terungkai

Lesap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.