Baru-baru ni telah berlangsungnya Semi Final Muzik-Muzik 36 (SFMM36) dan 12 peserta telah melayakkan diri mereka ke pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL). Tahniah diucapkan kepada semua!
Walau bagaimanapun, ada satu insiden yang terjadi di kaca TV yang buat ramai terhibur sampai viral lah kat media sosial! Insiden yang dimaksudkan adalah insiden di mana dua peserta SFMM36 pakai mask senget. Dua-dua tau… Hahaha…
Kejadian lucu itu dikongsikan di TikTok menerusi akaun @imanmulamemasak. Video tersebut difahamkan telah mendapat lebih 1.7 juta views dan lebih dari 130 ribu likes! Wah, korang suka betul eh content-content macamni hahaha!
@imanmulamemasak Crew backstage takde yang double check ke?? #viral #xyzbca #sfmm36 #ajl36 #shilaamzah #sog
Dua-dua artis tersebut merupakan Shila Amzah bersama salah seorang ahli dari kumpulan SOG yang ditemubual oleh hos sebelum mereka membuat persembahan.
Apa yang membuatkan netizen lebih terhibur adalah kedua-dua mereka tidak perasan dengan keadaan mask masing-masing.
“Masing2 jaga hati ke apa sampai taknak tegur langsung mask senget tu? Aduh, sakit perut aku gelak! ??” – Komen netizen
Kesalahan teknikal, Shila & SOG gelabah untuk naik stage
Difahamkan kejadian itu berlaku disebabkan kesalahan teknikal dan juga kru produksi yang tersalah memanggil nama peserta yang sepatutnya Naim Daniel terlebih dahulu.
Tetapi disebabkan siaran telah kembali live di kaca TV, Shila Amzah bersama ahli SOG dengan segera berada di pentas untuk ditemubual ketika nama mereka dipanggil oleh hos.
Disebabkan kesilapan itu juga, kebanyakan netizen mengharapkan supaya tidak berlaku insiden yang sama di pentas AJL yang akan berlangsung nanti.
Takpelah, yang penting Shila & SOG berjaya ‘cop’ tempat diorang untuk pentas AJL nanti… Power betul nyanyian diorang tu… Min dah tak sabar nak tengok AJL ni!
Baca: Keputusan Senarai Lagu Yang Layak Ke AJL 36, Agak-Agak Siapa Juara?



