in

“Takde ambik gambar. Letak, gerak” – Netizen Puji Altimet ‘Diam-diam’ Bantu Golongan Susah

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dikala negara dalam kesusahan, makin ramai golongan yang berkemampuan cuba sedaya upaya untuk membantu orang yang terjejas akibat pandemik ini.


Ini termasuk penyanyi dan komposer Altimet dan pasukannya yang sekarang aktif membantu rakyat menerusi kempen Bendera Putih.

Difahamkan, Altimet dan pasukannya telah pun mula memberi bantuan sejak awal Julai lalu melibatkan beberapa kawasan berhampiran dengannya.

Baru-baru ini, Altimet telah kongsikan tangkap layar menunjukkan salah seorang netizen telah memberinya mesej peribadi meluahkan rasa terharu selepas menerima bantuan mengejut dari penyanyi ini.

“Kami tak banyak cekadak, kak”

Menurut Altimet sendiri, pasukannya akan letakkan barang di depan rumah atau pintu dan terus tinggalkan barang tersebut.

Ekoran ini, ramai netizen telah memuji tindakan Altimet ini yang dianggap bagus dan ikhlas dalam membantu.

Screenshot 2021 07 08 At 1.21.39 Pm Down

Moga lagi ramai orang yang turun untuk bantu orang dalam kesusahan.

 

Baca: Altimet Tunaikan Hajat Pelajar Sekolah

Screenshot 2021 07 08 At 1.28.54 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.