Altimet Tunaikan Hajat Pelajar Sekolah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Altimet Tunaikan Hajat Pelajar Sekolah

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Wow! Mesti rasa macam mimpi je artis kesukaan bagi kejutan. Boleh tersenyum setahun lamanya bila bayangkan! 


Sumber: Wanista

Tak Sangka ‘DM’ Artis Kesukaan Di Instagram Terus Dapat Kejutan

Sangat bertuah seorang pelajar sekolah dari SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur telah menghantar ‘Direct Message’ di laman sosial Instagram seorang artis terkenal tanah air Altimet untuk meminta beliau datang ke sekolah sempena sambutan Hari Malaysia.

Munurut status Altimet, pelajar sekolah yang dikenali sebagai Tarshan melalui akaun Instagramnya yang telah memohon kepada Altimet untuk datang ke sekolahnya menyanyikan lagu Negaraku.


Sumber: Instagram

Lebih kurang sebulan lepas budak tersebut hantar mesej di Instagram kata dia nak menyanyi lagu #Negaraku dan mengajak Altimet menyanyi sekali, memang Altimet on la!

Altimet seronok buat persembahan di sekolah

Kata Altimet di Instagramnya, “So pagi tadi aku gi SMK Aminuddin Baki & buat persembahan lagu tu dengan dia. Surprise, SAB!! Thanks for the invite bro, I had a lot of fun. Stay tuned for the video,”

Sumber: Instagram

Altimet memuat naik videonya bersama pelajar di Instagram. Nampaknya kejutan yang diberi oleh Altimet dekat budak-budak sekolah SMK Aminuddin Baki memang membuatkan murid dan cikgu-cikgunya sekali terkejut!

Bestnya! Tindakan Altimet ni rasanya artis Malaysia yang lain pun boleh contohi even dah terkenal masih nak turun padang demi peminat. Salute!

Baca: “Pergh meremang beb!” – Persembahan Lagu Sejati Nyanyian Azmi Caliph Busker Pukau Penonton

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Ismail

Seorang yang ‘Ambivert’ dan terlebih Ektrovert.