Semasa sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan yang waktu operasi beberapa sektor perniagaan akan dipanjangkan hingga jam 10 malam bermula hari ini (29 Januari 2021).
Macam yang korang tahu, sebelum ini hanya waktu operasi restoran dan kedai makan sahaja dilanjutkan hingga pukul 10 malam, namun kali ini kedai runcit dan serbaneka, farmasi, kedai dobi serta kedai cermin mata juga boleh melanjutkan operasi perniagaan.
Jelas beliau, keputusan ini dibuat selepas penilaian risiko dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga selepas menerima banyak permintaan dari pemilik perniagaan.
Kita bersetuju untuk melanjutkan waktu perniagaan bagi sektor-sektor perniagaan yang boleh beroperasi hingga pukul 10 malam, antaranya kedai runcit, kedai serbaneka, farmasi dan kedai keperluan harian, kedai makanan haiwan, kedai dobi serta kedai cermin mata.”
Tambahnya lagi, keseragaman waktu operasi ini dibuat boleh memudahkan penguatkuasaan dijalankan bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard oleh orang ramai.
Senanglah nak beli barang lepas ni, takdelah bersesak dengan orang ramai sebab nak kejar kedai tutup pukul 8 malam.
Baca: [TERKINI] Kerajaan Setuju Lanjutkan Operasi Kedai Makan Sampai Pukul 10 Malam Mulai Esok!