in

“Tak tau nak gelak ke nak kesian” – Program Cari Jodoh Paling Drama, Lepas Kena Reject Dengan Lelaki Gadis Panggil Pakcik Kasi ‘Setel’!

Cari Jodoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya dah lama Malaysia tak ada rancangan program cari jodoh kan? Last time yang min masih ingat, kita ada program Mencari Cinta dan hanya bertahan untuk satu season aje kan?


Apa-apapun, baru-baru ini viral satu rancangan mencari jodoh di Indonesia yang katanya penuh dengan drama sehingga membawa kepada pergaduhan antara pihak perempuan dan lelaki. Uishh!

Menerusi video yang kini mendapat lebih 48,000 likes di Tiktok, ia memaparkan 31 peserta lelaki dan 31 peserta perempuan yang diberi pilihan untuk memilih mana-mana gadis atau lelaki yang disukai mereka dalam rancangan tersebut untuk menjadi kekasih hati.

Bila tiba kepada turn gadis bernama Indri, dia telah mendapat malu besar apabila tiada seorang pun antara 31 orang lelaki yang mahu memilihnya. Malah mereka sebulat suara berkata, “Enggak mahu” bila hos bertanya yang mana antara mereka menyukai Indri. Adoi…

@fyqxxhxx

Aduhai? #fyp #foryoupage #xyzbca #xyzcba #viral

♬ original sound – Afiqah?? – Afiqah??

Bengang dengan sikap para calon lelaki yang seakan-akan merendahkan dirinya, Indri bertindak memanggil pakciknya untuk memberi ‘pengajaran’ buat lelaki-lelaki terbabit.

Kau orang lihatlah semua. Sebab kau orang semua tak mahu memilih, aku akan panggil pakcik aku. Habislah korang semua nanti!” kata Indri.

 

Pakcik datang buat kecoh, suruh anak buah pilih calon yang dia suka tapi… 

Setelah Indri mengadu menangis pada pakciknya, si pakciknya apa lagi kasi ‘gegar’ lah pentas tu dengan membuat kacau dan marah pada calon lelaki yang ada di situ.

Tidak mahu pergaduhan menjadi lebih besar, hos yang mengacara rancangan tersebut meminta Indri atau pakciknya memilih yang mana satu antara 31 calon lelaki itu yang sesuai buatnya. Mengejutkan, Indri akhirnya memilih calon nombor 21.

@fyqxxhxx

Reply to @fyqxxhxx part 4/5 ?? #fyp #foryou #foryoupage #dramasangat #drama

♬ original sound – Afiqah?? – Afiqah??

Tak tahulah sama ada terkejut ke atau sengaja cari helah untuk tak mahu menjadi pilihan Indri, calon nombor 21 ini terus pura-pura pengsan! Alamak drama betullah. Dah tak memasal kecoh krew program ni. 

 

Calon 21 tiba-tiba kena rasuk pulak!

Lepas dah pengsan, tiba-tiba calon yang dipilih tersebut kena rasuk pula sampai kejang-kejang satu badan. Disebabkan perkara dah jadi semakin parah, hos terpaksa membawa Indri dan pakciknya keluar daripada program tersebut.

@fyqxxhxx

Reply to @cewbiee nah part 5. Ramai nak tengok sekarang?? #fyp #foryoupage #xyzbca #drama #dramasangat

♬ original sound – Afiqah?? – Afiqah??

@fyqxxhxx

Reply to @mikals98 part 6 nihh. Kalo nggak puas nonton bisa liat di utube GARIS TANGAN? #fyp #foryoupage #xyzbca #drama #dramasangat #indonesia

♬ original sound – Afiqah?? – Afiqah??

Nasib baiklah Indri berjaya pujuk pakciknya keluar dan bertenang dengan situasi yang berlaku. Tetapi bila disoal sama ada betul atau tak calon 21 tersebut kena rasuk, nampaknya macam calon 21 ini menipu kerana tak mahu dipilih Indri.

Menurut perawat yang cuba merawat calon tersebut, dia berkata semasa dia ‘periksa’ keadaan lelaki tersebut, tak ada pula perkara yang aneh atau mistik yang berlaku semasa itu. Alamak kantoi! 

Malah katanya lagi, kalau calon 21 menipu, nanti karang betul-betul ‘kesurupan’ atau dirasuklah dalam Bahasa Indonesia. Haaa aiyok tak tahu! 

@fyqxxhxx

Reply to @sayangkamu17094 nihh Part 7 ngakakkkk???? #fyp #foryoupage #xyzbca #drama #dramasangat #tiktokindonesia #tiktokmalaysia

♬ original sound – Afiqah?? – Afiqah??

 

“Kalau tak suka jangan paksa, sampai berlakon kena rasuk” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut ternyata terhibur dan pada masa yang sama kasihan dengan nasib Indri dan lelaki yang dipilih tersebut. Ramai yang memberi nasihat supaya cinta jangan dipaksa dan kita memang tak boleh paksa orang untuk sukakan kita.

Dalam pada masa yang sama, ramai juga mengagak yang program ini sudah dirancang atau scripted sebab tak mungkinlah perkara macam ni berlaku in real life. Hanya sekadar nak tambah drama saja.

Scripteed

Nasib baiklah program macam ni tak ada kat Malaysia. Kalau tak, mahu sibuk netizen membawang pagi petang, siang malam. 

Baca: “Tak tahu masih hidup atau mati” – Terpisah 22 Tahun, Gadis Indonesia Cari Ayah Warganegara Korea di TikTok

Ayah

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.