in

“Tak tahu nak takut ke nak gelak” – [Video] Ibu Terkejut Dengar Bunyi 18SX Datang Dari Bilik Mainan Anak, Sekali…

Entah apa lah yang bermain dekat fikiran wanita ni bila dia dengar bunyi “tak senonoh” datang dari bilik mainan anaknya.

Baru-baru ini, seorang ibu terkejut bila dengar bunyi 18SX tiba-tiba muncul dari bilik mainan anak perempuan kembarnya.

Menurut MetroUK, bila si ibu ni cuba siasat, dia dapati bunyi itu rupanya datang dari patung mainan Frozen yang dibeli untuk dua anaknya itu, tapi bunyi yang keluar tu memang tak senonoh betul. Tak sesuai langsung untuk telinga suci budak-budak.

Ibu ini kemudiannya terus merakamkan bunyi yang dibuat oleh patung tersebut dan kongsikan reaksinya ke TikTok untuk tunjuk kepada pengikutnya, apa yang berlaku bila patung Elsa ni dah nak kehabisan bateri.

Bayangkan kekeliruan saya bila saya dengar bunyi ni datang dari bilik mainan! Tolong bertenang Elsa.”

Patung mainan yang biasanya boleh bercakap dan bergerak ini didapati telah kehabisan bateri hingga keluar bunyi seperti itu.

Bukan tu je, patung ini juga turut mengeluarkan bunyi “I really need” sambil matanya terbuka dan tertutup dengan laju.

Sejak video ini dimuatnaik, ia telah ditonton hampir 200,000 kali!

Aduiii, tak pasal-pasal je…

 

Baca: “Nyanyi sendiri walaupun tak on” – Patung Berhantu Elsa ‘Balik Rumah’ Lepas Dua Kali Kena Buang