in

“Nyanyi sendiri walaupun tak on” – Patung Berhantu Elsa ‘Balik Rumah’ Lepas Dua Kali Kena Buang

Collage 47

Selepas lipas dan cicak, benda paling menakutkan adalah patung berbunyi. Lagi-lagi kalau tengah malam, korang tak main pun dengan patung tu, tiba-tiba dia bunyi sendiri. Naik bulu roma!

Ini apa yang berlaku kepada keluarga dari Texas ini. Menurut India Times, patung Elsa karakter dari filem animasi popular, Frozen yang anak mereka dapat ketika hari jadi pertamanya dulu telah menghantui hidup mereka.

Fb1 5E23Fe8Ea296A

Emily Madonia menceritakan di Facebook, patung Elsa tersebut akan menyanyi lagu ‘Let It Go’ dalam bahasa Inggeris atau Spanish bila tekan butang pada rantai leher.

Kami perasan, sejak dua tahun lepas patung ni asyik nyanyi sendiri walaupun butangnya ‘off'”

Ketika itu, keluarga ini hanya fikir yang patung tersebut rosak kerana dah lama. Apa yang buat dorang sedar patung ini berhantu adalah bila dorang buat keputusan nak buang barang mainan lama bagi memberi ruang pada mainan baru.

Doll2 5E23Fe0Aa2234

So, suami Emily, Mat telah letakkan patung ini ke dalam plastik dan letakkannya di tong sampah luar rumah.

TAPI, seminggu kemudian, masa dorang tengah cari barang dan buka kerusi di ruang tamu, anak patung Elsa yang dah dibuang ada dalam kerusi atas selimut yang dorang simpan. Seriouslahhh

Emily dan Mat cuba tanya anak-anak dorang, kalau-kalau dorang ada main dengan sampah dekat luar rumah, tapi anak-anaknya cakap tak.

Akhirnya dorang ambil semula patung tersebut, buang dalam plastik sampah dan letak dekat luar di bawah timbunan plastik sampah lain dan yakin lori sampah dah ambil patung tersebut.

Namun gangguan misteri ini tak terhenti setakat itu, beberapa minggu selepas itu, anak perempuan dorang datang dan bagitahu sesuatu yang menakutkan.

Doll1 5E23Fdecb98E1

Mom, saya nampak patung Elsa lagi dekat laman belakang rumah.”

Emily meminta rakan-rakan di Facebook untuk membantu keluarganya buang patung ini dan mungkin akan meminta pertolongan orang yang mahir tentang perkara-perkara mistik ini.

Aduh, entah roh apalah yang dah rasuk Elsa ni…

 

Baca: “Atok dulu jadi Elsa” – Lelaki Ini Rileks Bereksperimen Dalam Cuaca Sejuk Pakai Kain Pelikat 

Screenshot 2020 01 22 At 4.25.10 Pm