in

“Tak tahan lagi”- Wanita Bercerai 24 Jam Lepas Kahwin Dengan Diri Sendiri

F3 Kahwin Dengan Diri Sendiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berusia 25 tahun baru-baru ini telah menjadi perhatian pengguna media sosial apabila dia mendakwa dirinya telah berkahwin dengan dirinya sendiri di Twitter.


Menurut sebuah perkongsian di platform Twitter, Sofi Maure mengatakan dia telah berkahwin dengan dirinya sendiri dan dia juga telah membeli gaun perkahwinan berwarna putih untuk majlis istimewa tersebut.

Dia juga turut membuat sendiri kek untuk majlis hari perkahwinannya itu.

Ramai juga netizen yang memuji tindakan wanita itu dan menyifatkannya sebagai seseorang yang menyayangi diri sendiri atau self-love.

Namun, apa yang lagi menarik perhatian ialah, selepas 24 jam menjadi pasangan, wanita berkenaan mendedahkan bahawa dia telah bercerai dengan dirinya sendiri kerana tak tahan lagi.

Rata-rata warganet berpendapat bahawa tindakan wanita itu seumpama hanya mahukan perhatian daripada orang ramai.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang bergurau mengajak wanita itu berkahwin selepas dia bercerai dengan dirinya sendiri.

Ada juga yang mengatakan wanita itu perlu mencari peguam yang bagus untik membantunya dalam urusan perceraian dengan dirinya sendiri itu.

Hmm, macam-macam betul orang zaman sekarang ni. 

Sumber: NDTV

Baca: Bawa Anak Berjumpa Pakar Psikiatri Kerana Belum Kahwin, Tiba-tiba Mak Pula Disahkan Sakit Mental

F2 Ibu Paksa Anak Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.