Sekumpulan pencuri dilaporkan telah memulangkan semula 14 patung suci yang dicuri di sebuah kuil Hindu di India, selepas mereka mendakwa sering diganggu mimpi misteri.
Pada minggu lalu, sekumpulan pencuri ini telah mencuri 16 patung suci dari kuil Lord Balaji yang berusia 300 tahun. Bagaimanapun, mereka memulangkan semula 14 patung tersebut di rumah ketua kuil.
Salah satu patung tersebut mempunyai berat 5 kilogram dan diperbuat daripada lapan jenis logam, serta dihiasi dengan ukiran perak.
Pegawai polis yang bertugas, Inspektor Rajiv Singh berkata sekumpulan pencuri ini turut meningalkan nota bersama patung tersebut sebagai tanda permohonan maaf. Pencuri tersebut turut menjelaskan mereka sering diganggu oleh mimpi misteri selepas mencuri patung suci itu.
“Mereka juga meninggalkan surat yang berkata mereka memulangkan patung tersebut kerana mengalami mimpi misteri”, ujar beliau.
Untuk rekod, pencuri tersebut lagi belum dikenal pasti oleh pihak berwajib dan siasatan masih sedang dijalankan.
Kredit: The Guardian
BACA: Misteri ‘Patung Asing’ Di Atas Kuil Sebelah Kellie’s Castle! Milik Siapa?