in

Misteri ‘Patung Asing’ Di Atas Kuil Sebelah Kellie’s Castle! Milik Siapa?

Img 3061 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau disebut tentang Kellie’s Castle, hampir semua orang menganggap ianya sebagai lokasi ‘berhantu’ selain turut diangkat sebagai Taj Mahal Malaysia jika ia siap dibina. Istana yang melambangkan manifesto cinta seorang suami ini sebenarnya telah dibina pada tahun 1905 lagi!


Selain dibina atas perasaan cinta terhadap isterinya, William Kellie Smith turut dikatakan membina istana itu bagi tujuan menunjukkan kekayaannya kepada semua orang. Walaupun bukan berasal dari golongan diraja, tetapi bagi rakyat British yang menjadi sebagai jurutera awam British pada ketika itu, ya dia kaya.

Kellie

Ini kerana, William juga terlibat dalam penanaman pokok getah dan menceburkan diri dalam industri perlombongan bijih timah.

Dengan berkat usaha, kekayaan dan kabel, dia kemudiannya menjadi pemilik Kinta Kellas Estate(yang kini milik Sime Darby) dan Syarikat Kinta Kellas Tin Dredging, dan membeli sebidang tanah seluas 960 ekar untuk kebun pokok getah dan ladang buatannya di Batu Gajah. Kaya kan?

 

Segalanya bermula dari pandemik

Lebih kurang 100 tahun yang lalu, satu pandemik teruk yang dinamakan Spanish Flu melanda seluruh dunia, lebih kurang sama teruknya dengan Covid-19 yang terjadi tahun ni. Malah pandemik tersebut juga telah menyebabkan puluhan juta nyawa terkorban. Kebanyakan mangsa biasanya mengalami selsema, sesak nafas dan demam yang teruk sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Dan Tanah Melayu pada masa itu tak terkecuali daripada serangan pandemik tersebut. Salah satu sebab pandemik ni merebak dengan begitu cepat adalah kegagalan British yang terlalu mengambil mudah dengan serangan pandemik itu.

Spanish Flu 768X571 1

Wabak yang melanda ini membawa bencana yang amat besar kepada William kerana kesemua 70 orang pekerja mahir yang dibawa khas dari India yang ditugaskan membina istana Kellie telah mati kerana terjangkit wabak maut ini.

Kesan daripada wabak penyakit Spanish Flu ini menyebabkan pekerja ladang dikawasan tersebut yang kebanyakannya berasal dari negara India berada dalam keadaan ketakutan.

 

Meminta tolong dari tuhan

Dengan Perang Dunia Pertama sedang berlaku pada masa tersebut, ditambah pula dengan ujian wabak Spanish Flu yang melanda dunia. ia mengakibatkan gangguan bekalan bahan dan tenaga kerja yang menyebabkan kerja-kerja pembinaan semakin perlahan.

Pekerja-pekerja Hindu dari Madras yang bekerja dalam pembinaan istana tersebut mula takut dengan apa yang terjadi. Mereka kemudiannya mencadangkan kepada William supaya sebuah kuil dibina bagi menghormati dewa Mariamman, dan membolehkan mereka berdoa dan meminta ampun kepada Tuhan mereka bagi melindungi mereka, menolak bala dan menghentikan penyakit.

Temple

Img 3061

Img 2241

Dan tidak lama selepas itu, wabak pandemik yang membunuh itu beransur hilang. Oleh kerana ‘orang putih’ itu bersetuju untuk membiayai dan membina kuil tersebut, sebagai tanda penghargaan oleh orang hindu kepada William Kellie Smith, sebuah patung yang menggambarkan diri beliau telah diukir dan diletakkan bersama patung-patung dewa lain di atas bumbung kuil berkenaan.

So, korang kalau melawat kuil tu, jangan pelik pulak ye…

Sumber: OrangPerak, DrSinga

 

Baca: Kisah Pekan Hantu Yang Terpencil di Perak – Sejarah Sybil Kathigasu, Jururawat Pejuang Tanah Air Tapi Tak Ramai Kenal

2 7

Sumber: JalanJalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.