in

“Tak serik” – [VIDEO] Netizen Minta Rider Berhati-hati, Kerap Accident Sebab Langgar Traffic Light

Rider Kemalangan Langgar Lampu Isyarat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tugas sebagai seorang rider makanan seperti yang kita semua tahu bukanlah mudah kerana mereka sanggup berhujan dan berpanas demi menghantar makanan buat pelanggan.


Selain daripada itu, mereka juga perlu mengejar masa untuk menghantar pesanan pelanggan sebab bimbang pelanggan pula marah kalau makanan lambat sampai.

 

“Seorang langgar lampu merah, seorang lagi kejar lampu kuning” 

Walau bagaimanapun, dalam melakukan tugas dengan sebaiknya, para rider diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya kerana bimbang berlakunya kemalangan.

Menerusi video yang dikongsikan Twitter MyWatch, dipaparkan kejadian kemalangan antara dua rider yang berlaku di persimpangan lampu isyarat dekat Alam Damai, Cheras.

Salah satu daripada motosikal itu dilihat telah melanggar lampu isyarat dan bertembung pula dengan sebuah lagi motosikal yang dipercayai mengejar lampu kuning. Aduhai…

 

“Rider tolonglah stop langgar lampu isyarat” 

Perkongsian video tersebut mengundang komen teguran netizen yang mana meminta para rider mengutamakan keselamatan diri sendiri dengan tidak melanggar lampu isyarat.

Malah ada juga mengatakan ia sudah menjadi kebiasaan para rider bertindak sedemikian kerana ingin mengejar masa, malah tidak mengendahkan teguran orang ramai.

Langgar

Harapnya para rider ambillah pengajaran untuk tidak melanggar lampu isyarat lagi. Nyawa lebih penting dari nak cepat hantar order customer. 

Baca: Bukan Senang Jadi Rider, Status Penghantaran ‘Kurier Dikejar Anjing’ Buat Ramai Terhibur

Kejar

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.